Tuesday, December 29, 2015

Menerangkan Fungsi MultiTimeFrames

Sambung perbincangan untuk CCFp-Diff MTF dan juga CC-Diff MTF. Nak pilih antara m15/m30 ataupun m15/m30/h1 atau m30/h1 atau bagaimana?

Berikut ialah xls bagi merangkumkan apa yang disifatkan oleh multitimeframe.


Column paling kiri sekali ialah minit di mana kita lihat CCFp-Diff/CC-Diff kita. 

Sebagai contoh, kita tengok skrin pada pukul 13.42, maka kita akan tengok di kotak baris ke-3. Dari situ kalau kita ikut signal m15/m30/h1, maka kita ikut trend 90 min yang terkini. Sama juga dengan m15/m30, maka kita akan lihat trend 30 minit terkini. Tapi m15/h1 berlainan pula. Memandangkan 15 min terkini ialah 13.15-13.30 dan 1 jam terkini ialah 12.00-13.00, maka signal 15 min kebetulan sama dengan trend 1 jam yang sudah closed sebelum ni. 

Nampak susah nak faham bukan? Tapi, tak susah pun. 

Fahamkan dulu yang kita akan ambil signal dari closed candle bagi setiap TF

Lepas tu, kita akan tengok CC/CCFp. Sama ada diorang akan naik atau turun. 

Lepas tu, kita akan asingkan mengikut pilihan TF yang dah closed seperti contoh kat atas ni. Table tu saya buat untuk lebih mudah visualize setakat mana price dah pergi/trending. 

Contoh akan menyusul.

No comments:

Post a Comment