Sunday, December 20, 2015

Eksperimen CC/CCFp Diff 3

Meneruskan agenda kita. Ini adalah jalan cerita yang disambung-sambung. Rujuk post sebelumnya.


Anda mungkin akan kata ini memeningkan. Ya, ia memang pening.Tidak saya nafikan. Tapi fikirkan bagaimana kalau kita dapat memandu trend ni dengan baik sekali?

Lihat pada 11.45. Ada Suggestion tak pada H4 kita? (Kalau saya refer h4 tu maksudnya kiri atas, kedua-dua CC dan CCFp-Diff sekali ya).

Tak ada.

Dari situ, kita dapat taksirkan: Tiada pair yang ikut trend H4. Setuju? Siapa tak setuju, sila beri pendapat yer.

Ok, berterusan ke pukul 12.00. EUR ada dalam keempat-empat trade suggestion untuk H4 tu. Dari situ: EUR weakening. Betul ke saya kata tu? EUR mula weakening dari saat ini - 12.00.


Atas ni EurUsd pada pukul 12.


Atas ni EurAud pada pukul 12. Anda dapat lihat Reward/Ratio yang tak menarik kan? Tapi sebenarnya kalau dapat max dari trade ni: 35 pips sampai ke bawah.


Atas ni pula EurCad. Yer, memang lawan trend. Tapi kalau dapat perah pips max, boleh la 20 pips dalam tangan.

Ok, nampak dah apa kelebihan CCFp-Diff MTF dan CC-Diff MTF ni?

Teruskan pula dengan 12.15 punya suggestion.

EurUsd dan EurCad hilang. Tinggal EurAud saja. Bermaksud: get ready to get out from both of the pairs. Lock segala profit yang ada.

Timbul satu suggestion baru. AudChf.


Kalau dapat max, 13 pips dalam tangan dalam kes ni. Signal agak lambat, sebab utama, kita bergantung pada H4. 

Seterusnya pukul 12.30, lebih banyak suggestion muncul. Ini bermaksud lebih banyak pairs yang mula patuh dengan trend di H4.

Dirumuskan bahawa:

m15/m30/h4 = kita akan ambil trade selepas retracement dalam trend H4. Hibrid m15/m30 tapi ikut trend H4.
m15/m30 = immediate trend. 30min hingga 45min continuous trend.
m15/m30/h1 = intermediate trend. 1h hingga 1h45min punya continuous trend.
m15/h1 = wildcard. 15min punya trend, tapi ikut trend 1h sebelumnya.

Atas ni kalau anda guna fungsi asal CCFp-Diff dan CC-Diff di mana anda akan ambil closed candle. Bukan current candle. 

Problem lain pula datang: mana satu patut saya tumpukan? Buat macam saya, perhatikan data lepas dan tepuk dada tanya selera. Ada orang suka ikut trend H4 (lebih suka confirmation). Ada pula yang suka scalp ikut immediate trend. Ada pula suka jenis wildcard style. Bagi saya pula, setiap suggestion perlu dilihat pada chart pair masing-masing. Ada pair yang dah pergi jauh, ada yang baru nak panas enjin. Tandakan Stop Loss sesuai swing high/swing low terkini, dan trade mengikut basket trades.

Sekian.

No comments:

Post a Comment