Thursday, July 2, 2015

Trade Forex Dalam TF M1

Seperti yang dalam tajuk. Saya tengah mencari-cari cara untuk trade forex guna M1. It would be hard, tapi nothing is impossible.

Apa kelebihan m1 ni?
  • Masuk dan keluar secepat mungkin (mudah dapat tangkap trend awal-awal).
  • Masuk dan keluar sekerap mungkin dalam jangka masa yang terhad.
  • Kalau kena gaya, banyak pips.

Kekurangannya pulak?
  • Masuk dan keluar sekerap mungkin dalam jangka masa yang terhad (sama jer).
  • Kalau tak kena gaya, drawdown la.

Ok. Masuk dan keluar sekerap mungkin boleh jadi gunting dalam lipatan. Anda mungkin beruntung untuk keadaan ini, ataupun anda mungkin akan 'kena' dengan market.

Mari bincangkan, apa yang patut kita sediakan untuk trade m1.

Realjumper (pengasas genesis matrix) mengajar kita trade m1 dalam pdf berikut: http://www.forexfactory.com/attachment.php?attachmentid=1306448&d=1383690224.

Dari pdf tersebut:

Skrinshot pdf 1min trading.

Dapat la kita nampak, dia tak guna stoch m1 pun. Hehehe. Stoch m1 katanya 'tak ada makna'.

Dalam thread http://www.forexfactory.com/showthread.php?t=478578,  Strada banyak memberikan contoh untuk trade genesis dalam tf m1. Ia diteruskan lagi dengan usaha Rooi dalam thread berikut: http://www.forexfactory.com/showthread.php?t=507837.

Apa yang saya nampak ialah, ia berkembang menjadi sesuatu yang 'lain'. Agak menyimpang sedikit dari genesis matrix yang kita praktikkan selama ni. Tapi, atas dasar bahawa strada dan rooi adalah bukan RJ, maka tidak menghairankan yang mereka akan mencipta sesuatu yang baru. (Khususnya apabila kita cuba trade m1).

Strada menggunakan ultra stoch. Dan Rooi langsung tidak menggunakan stoch.

Setelah saya cuba mencerna post strada dan rooi, saya cuba acuan sendiri.

Menggunakan chart m1 genesis matrix, saya kekalkan heiken ashi, arrow dan 5ema. Ia agak sentimental.

Stoch yang terlibat hanyalah stoch m5. Dan matrix yang digunakan ialah m1. asctrend m1 dan m5 jangan lupa.

Tak banyak beza ngan sebelum ni, cuma delete stoch m1.

Rule of trade? Dalam eksperimen. Tapi sama jer sebelum ni. Stoch m5 kena sama dengan signal matrix, baru enter trade.

Perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam trade m1 (dalam ujikaji yang singkat ni).
1. Kena mudah berpuas hati dengan bilangan pips yang sedikit. Yang paling penting, kekerapan trade bertambah.
2. Trade dengan pair yang volatile. Dan juga dalam recommended trading times. Tapi itu semua akan kita bincang lagi.
3. Kena guna heiken ashi. Jangan guna jap candle.
4. Speaker sangat penting untuk membantu dalam mengurus emosi.

Contoh peluang trade di AU M1. 2 Julai 2015

AU M1 2 julai 2015

Seperti yang telah saya tuliskan dalam gambar tersebut. Antara klu yang menarik ialah 'jarak' antara %K dan %D dalam stoch m5. Kalau kita ambil signal genesis berdasarkan faktor 'jarak' tersebut, mungkin kita boleh dapat pips yang baik.

Kriteria untuk exit pula lebih sukar. Bergantung kepada pengalaman dan daily target masing-masing. Antara lain:
  • Bila genesis tukar warna (1 baris atau semua baris? Anda tentukan).
  • Stoch bergerak lemah/bergerak lawan arah.
  • Menghampiri pivot levels.

Ingat, sekarang saya dalam mod mengkaji. Kalau anda ingin turut serta, anda boleh turut serta. Jangan malu-malu. Sape yang belum berada dalam grup whatsapp lagi, saya jemput anda. Tinggalkan no telefon dalam comment section kat bawah ni.

No comments:

Post a Comment