Monday, July 13, 2015

MACD Reliable Untuk Trade m1 (Gaya GENESIS)

Nak cuba guna MACD tersebut. Download gmacd2 dekat sini: http://www.forexfactory.com/attachment.php?attachmentid=1711765&d=1436703785

Dan setting yang saya gunakan pada m1 eu adalah seperti yang berikut:

Setting GMACD2 saya. Kalau nak adjust, silakan!

Kita akan bincangkan kenapa nombor tersebut wujud. Bukan setakat 12,26,9 yang biasa. Buat masa sekarang, kita tengok apa yang membuatkan GMACD2 ni best!

GENESIS dan MACD hampir sama entry.

Yang atas ni merupakan entry yang dapat diambil daripada GENESIS MATRIX kita. Ingat aturan yer, Genesis matrix m1 - Stoch m5 - dan MACD. MACD ni saya tak bubuh timeframe. Nanti saya cerita kenapa.

Gap antara 2 MACD 12,26 dan 24,52 (without signal line).

Untuk pengetahuan anda: MACD yang saya guna ini bukan MACD biasa. Tak ada signal line daripada macd.

Kebiasaannya, MACD guna formula 12,26,9. Dari situ akan lahir 2 garis. Satu main line (terdiri daripada perbezaan ema 12 dan ema 26) dan satu lagi signal line (sma 9).

Kalau anda jadikan MACD guna formula 12,26,1 maka tak ada la line signal ni.

Kelebihan GMACD2 ni melampaui MACD lain di mana: dia boleh letak sehingga 3 MACD serentak dalam satu window.

F, FF, FFF, S, SS, SSS. Heh!

Dalam bulatan tu, ada FastEMA, FFastEMA dan juga FFFastEMA. Begitu juga Slow ema dan Signal sma. Bermakna 12,26,nil untuk satu set macd (macd tf sekarang), dan 24,52,nil untuk satu lagi set macd (macd tf yang lebih tinggi).

Dengan kata lain, kita dapat lihat crossover 2 tf macd dalam chart kita.

Deja-vu. Sebab tu saya kata ikut aturan. Genesis matrix dulu-no 2 Stoch m5-akhir sekali MACD.

Yang atas ni lagi satu perkara yang boleh diperhatikan apabila kita menggunakan 2 macd dengan setting yang saya kongsikan sebentar tadi. Nampak bagus, bukan! Ia akan memberikan kita 'lebih' kejituan sebelum masuk ke dalam trade. 

Berita baiknya: setting MACD tu boleh ditukar ikut citarasa dan style anda! Saya tak ada masalah. As long it makes money.

12,26 adalah MACD lebih cepat dari 24,52. 36,78 lebih lambat dari 24,52. Lebih lambat di sini bermakna, kurang sensitive. Kurang sensitive=lag lebih besar dan kurang whipsaw. Tinggi sensitivity=lag lebih kecil dan banyak whipsaw. 

Jadi, gabungkan kombinasi MACD anda. Semoga anda berjumpa pilihan hati!


Selamat berjumpa. Kaut la pips dan hargai hidup anda!

No comments:

Post a Comment