Thursday, July 9, 2015

AUD/USD m1 8 Julai 2015 - Kajian berterusan MACD dalam Genesis Matrix Trading M1

Berikut ialah chart AUDUSD m1 sebaik NY open semalam (8 julai 2015).

AUD/USD m1 selepas NY open

Seperti yang saya lakukan sebelum ni. Chart kita terdiri daripada ha, 5ema, genesis m1, stoch m5, genesis matrix, MACD m1. Sila beri perhatian ADA PERBEZAAN kat stoch dan MACD tu.

Saya guna Stoch m5 dan saya delete stoch m1. Ini adalah kerana peranan stoch m5 sebagai cermin mtf (multi time frame) dalam chart kita.

Saya guna MACD m1. Bukan macd m5. Bagi saya, macd m1 sangat jitu. Nampak bertepatan dengan stoch m5 dan juga genesis matrix betul-betul kat atas tu.

ASCtrend hilang kepentingannya dalam kes ni. Saya rasa cukup la dengan stoch m5. Tak perlu lagi signal yang sama dari ASCtrend pula.


Daripada chart kat atas tadi, saya highlight dengan garis putus-putus kawasan di mana matrix semua (keempat-empat) berwarna putih/merah.

Matrix signal


Sedia? Mari kita mulakan. Setiap gambar dalam blog ni boleh diklik untuk paparan yang lebih besar.

Dengan nombor 1-8

1. buy signal. Tapi stoch cancel awal-awal. No trade here.

2. sell signal. Stoch confirms it kemudiannya. MACD pun berkembang kemudian.

3. buy signal. Stoch confirms it. MACD pun ok.

4. sell signal. Stoch menjelma a little bit later. MACD berkembang sebelum signal keluar lagi.

5. buy signal. Stoch dah gap sebelum ni lagi. MACD tak ada masalah.

6. sell signal. Tapi. Stoch buat apa tu yer. MACD pun wat apa masa ni? No trade.

7. buy signal. Stoch masih mendaki. MACD ikut di belakang.

8. sell signal. Terjun dari OB. MACD pun sama.


Dalam 1 jam 57 min, anda dah dapat 6 peluang (8-2 no trade) untuk trade. Pip demi pip, anda mungkin dah capai target harian yang anda tetapkan sendiri.

Dari peraturan-peraturan tadi, anda dapat lihat bagaimana saya tetapkan flow trading kita. Mula-mula signal daripada matrix (kotak-kotak tu). Stoch m5 merupakan next filter. MACD selalunya bagi confirmation yang sama dengan stoch (kita akan berbincang lebih banyak mengenai MACD selepas ni). 

Flow trade m1
Nampak kan bagaimana semuanya berfungsi? Harap anda semua tak ada masalah setakat ni.

Sebelum terlupa. Tengok chart tadi, saya jumpa beberapa klu yang MACD ni main peranan.

Bulatan dan Kotak

Nampak tak?

Ada 3 tempat saya highlight dalam chart tadi.

1. MACD teragak-agak untuk crossover. Histogram (dalam petak) juga nampak tak ada magnitud. Rupa-rupanya price sedang mengumpul momentum.

2. MACD tak ada arah. Statik. Macam situasi tadi juga. Ia juga jelas kelihatan pada histogram ketika itu.

3. Price naik, tapi MACD silang sell terlebih dahulu. MACD menjangkakan uptrend yang melemah.



Setakat ini, saya suka lihat MACD pada 3 perkara:
1. MACD crossover. Boleh cari buy/sell signal bila 2 garis tu bersilang.
2. MACD flat. Mengelakkan bad trade. Boleh juga lihat histogram MACD.
3. MACD yang ligat. Tak seperti Stoch. Stoch bergerak dari 0-100. Manakala MACD bergerak atas dan bawah 0. Dalam keadaan stoch yang OB atau OS terlalu lama, kita dapat lihat MACD menyokong keputusan MATRIX kita. Rujuk image berikut dari post terdahulu:

Stoch and MACD

Dalam gambar tu, pa terjun lagi. Menjadikan Stoch m5 OS. Tapi, MACD bagaikan anjing yang setia di sisi tuannya. MACD main peranan sebagai pelengkap overall picture kita.

Cukup setakat ni yer.


Selamat mengaut pips dengan bijaksana! Adios!

No comments:

Post a Comment