Tuesday, July 7, 2015

Perkembangan m1 Genesis Matrix

Seperti dalam tajuk, kita cuba trade m1 dengan Genesis Matrix. Selepas cuba indicator itu dan ini, sedikit tweak di sana-sini, ada sedikit penambahbaikan yang saya temui. Mungkin boleh digunakan secara kekal dalam trading genesis matrix untuk m1 timeframe.

Penambahan Indicator Istimewa

Seperti dalam gambar di atas, saya melibatkan indie biasa dari genesis kita. Ada pivot. Ada HA candles dan lain-lainnya. Saya buang stoch m1. Saya guna stoch m5 sahaja.

Tambahan perisa: MACD m1!

Kenapa MACD?

MACD M1 dalam chart

Masalah OS atau OB terlalu lama dalam stoch dapat diperbetulkan dengan MACD. Jika kita nampak MACD masih turun atau naik, ia menunjukkan PA masih meneruskan momentum menurun atau menaiknya (walaupun stoch m5 masih dalam kawasan OS atau OB). Ini kerana formula MACD berbeza daripada Stoch. 

Formula MACD melibatkan ema. 


Kelihatan hampir sama dengan chart kita di atas, ada yang menggabungkan stoch dan macd dan menjadikannya sebagai satu strategi trading mereka. Anda boleh lihatnya di sini: http://www.investopedia.com/articles/trading/08/macd-stochastic-double-cross.asp

Sampai masanya, saya akan terangkan lebih lanjut bagaimana genesis+stoch+macd boleh jadi killer technique dalam scalping m1. 

Selamat berpuasa+menyambut hari raya Aidilfitri. Kejar pips kejar juga. Tapi jangan lupa bulan al-Quran+bulan ibadat ni.

Sehingga ketemu lagi!

No comments:

Post a Comment