Thursday, September 6, 2018

Ma smoothed lagi


Dalam chart h4, candle buy buy buy. Sampai la satu tahap dia buat extreme sell. Extreme sell tu sangat cantik sebab bb mendatar. Tapi macam biasa - trader bbma kebanyakannya confuse (terutamanya saya) mana kita patut sell? Walaupun kita dah fokus ke tf3 iaitu m15, idea untuk sell tu nampak kabur-kabur lagi.


Boleh bagitau mana zon korang layer? Hehehe.


Saya akan layer kat 4 point ni. Hahahaha. Layer sebab csm sell, csak sell. Tapi yang tak berapa bestnya ialah tahap floating tu. 70++ pips abang kakak semua.

Belum lagi main dengan saiz layer tu lagi. MC memang menanti kamu la.


Ada tak ma cross sell untuk dalam kotak biru tu? Tak ada kan.. Boleh jadi point buy setiap penurunan tu.

No comments:

Post a Comment