Monday, September 10, 2018

Konsep di sebalik tcd

Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan blog ni sejak awal, mesti korang semua tau yang saya ni kaki experiment. Dan saya bukanlah kaki withdraw. Hahaha.

Sebab gaya saya trade tak sama cam orang lain. Antara kriteria tersebut ialah 1. tak suka floating merah lama. 2. tak suka floating 1,2 pips profit lama. 3. entry tak sharp tak apa, janji profit leh gi jauh. 4. multiple currency pair trading.

Dari kajian demi kajian, terciptalah TCD - iaitu Tidane Currencies Dashboard. Konsep ni bermula lebih kurang 2 tahun lepas. Indicator siap, tapi projek tu ditinggalkan, kononnya nak cari holy grail yang lebih baik. Semakin mencari, semakin terkebelakang rasanya. Semua method yang dipelajari tak berapa cocok buat diri ini.

Kini saya off telegram for 2nd week rasanya. Semata-mata untuk buat kajian, cemana sebenarnya nak gunakan tcd ni untuk dipadukan dengan apa yang saya tau untuk buat 1. tak suka floating merah lama. 2. tak suka floating 1,2 pips profit lama. 3. entry tak sharp tak apa, janji profit leh gi jauh. 4. multiple currency pair trading. Copy paste balik. Hahahaha.

Secara asasnya. Begini.


Atas ni saya dah tandakan satu garisan menegak merah di eurjpy. Di situ bermulanya sell signal ej. Maknanya JPY strong. JPY sepatutnya dapat markah 1 (-1 untuk weak). Buat masa ni kita tumpukan JPY, EUR tu kita abaikan dahulu ya.

Tapi adakah JPY betul-betul strong di seluruh 28 pairs tu? Masa ni kita kena check pair lain. Saya singkatkan contoh, tengok saja GBPJPY.


Perasan tak, ada lagi satu garisan BlueViolet saya tambah. Itu adalah point di mana JPY strong di pair gj. Jadi sekarang kita sudah ada 2 garisan. Iaitu merah dan BlueViolet. Kita tengok balik ej.


Nampak BlueViolet kat ej tak? JPY di ej weak. Tapi JPY di gj strong. Jadi, kat 2 2 point tu tak ada signal JPY strong di TCD.

Jadi kat mana JPY akan bagi total strong? Tengok line DodgerBlue dalam ej berikut.


Berkemungkinan besar, kat situ JPY akan strong total (maksudnya markah 7 di tcd).


Ya. Kat gj lewat satu cs jer.


Uj dah lama tunjuk jpy strong. Bila saya scan pair-pair lain, memang ya JPY strong bermula line ketiga (DodgerBlue) tu. Tapi, ada satu pair yang saya musykil.


Pair itu ialah CHFJPY. Ini bermakna selagi CHFJPY tak bagi sell, selagi tu la JPY takkan strong total. Jadi, cemana sebenarnya situasi ni? Nak tafsir cemana?

Senang jer, tumpukan kat line DodgerBlue tu, tengok di pair CHF lain.


Tengok USDCHF pun dah cukup jelas. USDCHF sell ketika line DodgerBlue tu. Maknanya CHF strong - sama-sama dengan timing JPY strong. Boleh jadi masa ni TCD bagi reading 6,6 bagi kedua-dua CHF dan JPY. Mereka strong pada masa yang sama.

Cemana data ni boleh digunakan dalam trading kita? Fokus kepada strongest atau weakest. Itu saja. 

Saya ulang sekali lagi. 1. tak suka floating merah lama. 2. tak suka floating 1,2 pips profit lama. 3. entry tak sharp tak apa, janji profit leh gi jauh. 4. multiple currency pair trading.

Hahaha. Copy paste jer. Semoga lebih paham ya!

No comments:

Post a Comment