Thursday, April 14, 2022

Kemampuan Sebenar BBMA | Kelebihan & Kekurangan

Selamat pagi, salam sejahtera semua.

Kalini tajuk kritikal sikit. Scalping seperti yang kita tahu - kebanyakannya bergantung kepada technical indicators. Boleh jadi guna rsi, stochastic, moving average dan fractals. 

Dalam kes BBMA - kita diperkenalkan dengan Bollinger bands, Moving average. Jika anda belum ada panduan mengenai BBMA - sila download 2 pdf yang menerangkan asas BBMA di sini dan di sini. Untuk pengetahuan anda, panduan ni panduan rasmi dari pengasas BBMA Oma Ally sendiri. 

The beauty of BBMA ialah kita dapat guna bbma dalam apa juga timeframe. Asalkan ada BB, MA, kita boleh apply di mana-mana timeframe sekalipun. Sesuai untuk scalping, swing. 

Tapi sejujurnya selepas menggunakan BBMA untuk beberapa tahun, sejujurnya kelebihan akan memihak kepada pengguna BBMA ialah dengan menggunakan ia pada timeframe h4 dan ke atas. 

Ini kerana csak - candlestick arah kukuh dalam timeframe h4 dan ke atas lebih decisive. Ia bermakna csak dalam tf tersebut mampu menunjuk arah dan memberi reentry yang lebih tinggi profitability-nya kepada para trader BBMA. 

Dalam timeframe yang lebih kecil contohnya h1 reentry yang mengikut arah csak h1 selalunya akan short-lived dan jaraknya pendek-pendek. 

 

Short-Lived

Candlestick arah kukuh terjadi apabila candle close melepasi kedua-dua ma high/low & mid bb. Reentry akan menyusul kemudiannya. Dalam reentry kita akan dapat peluang untuk open position mengikut arah csak sebelumnya. 

Tapi, csak h1 dan ke bawah jika diperhatikan, terlalu mudah untuk menjadi csak fake. Ada juga panggil csak terlajak. 

Dalam contoh tersebut, dapat diperhatikan csak h1 ditandakan sepanjang 6 hari chart. Terdapat kira-kira 11 csak buy atau sell muncul. 

Dalam keadaan market sideway, csak h1 menjadi kerap. Dalam chart tersebut, 7hb April sehingga 11hb April - iaitu 3 hari menghasilkan 4 csak.  Dalam keadaan sideway tersebut memang kita tahu reentry akan jadi sangat kabur kriterianya kerana mengambil kira posisi harga berbanding mid bb. 

Manakala situasi 12hb hingga 13hb April pula lebih menyukarkan para trader. Ada 5 csak dalam waktu tersebut. Memang susah nak trade sebab bias kita ada csak buy, sell silih berganti. Dalam masa 2 hari, kita bertukar-tukar bias. Kejap buy, kejap sell sebanyak 5 kali. 

Sebab tu boleh dikatakan csak dalam timeframe h1 dan ke bawah boleh jadi sangat mengelirukan, short lived dan tak lupa juga jumlah pip yang sedikit. 

 

Jarak Pendek

Kalau ikut csak h1 kan bagus? Banyak entry. Ya, memang betul. Tapi bbma banyak bergantung kepada reentry selepas csak. Lihat gambar di bawah. 

Dalam keadaan ini - kita nampak kita akan reentry SELEPAS csak terjadi. Maka kita sebenarnya dah kerugian beberapa pips di situ. Kerana kita kena tunggu csak terjadi dahulu. Di situ kita dah sedia dengan mentaliti kita entry mengikut trend. Maknanya kita dah terlewat masuk, tapi entry tersebut difahamkan selamat. 

Tapi pernah tak kita fikir bagaimana perbandingannya kalau kita refer rajah tadi di tf lebih besar?

Kalau kita anggap csak & reentry tadi merupakan antara struktur terlibat dalam h1, maka kita boleh tukar tf h4, dan fokus kita ialah csak reentry h1 tadi. Seperti anda dapat lihat, di h4, tidak ada pun point csak atau reentry pun sama seperti yang ditunjuk oleh h1.

Kenapa ya? Ini adalah kerana h1 akan mempunyai lebih banyak fractal (bucu) kerana h1 ialah timeframe 60 minit dan h4 ialah 240 minit. Maka h4 akan kurang fractal berbanding h1

Dari situ, kita faham h4 akan mempunyai csak yang sedikit berbanding h1, dan reentry juga kurang di h4.

Ada pro dan cons di situ sebenarnya. Bila kita rely pada h1 - banyak entry sebab banyak csak dan banyak reentry terjadi. Tapi kena ingat, dalam tempoh singkat - kita akan dapat banyak csak fake dan reentry yang fail. 

Di h4, cons utama ialah - tidak banyak peluang entry. Berbanding h1, peluang itu akan semakin kecil di h4. Itu jelas. Tapi kelebihannya ialah once csak berlaku di h4, arah yang ditunjukkan sangat kuat (jarak pips jauh) dan tempoh csak buy bertukar kepada sell (dan sebaliknya) tu lebih lama. 

Sebagai perbandingan, berikut ialah chart tadi di h4. 

Pada masa h1 bagi 11 csak, tapi di h4, ada 2 jer csak. 7hb hingga 11hb April semua csak buy di h1 tadi jadi csak terlajak buy = reentry sell di h4. Manakala 12hb hingga 13hb April pula semua csak buy di h1 tadi jadi reentry sell di h4.  

Dalam chart tersebut, semua triangle kuning tu entry reentry di h1. Bermakna reentry selepas csak sell. Aku highlight sell saja kerana nak tunjuk apa kekurangan bila follow h1 punya trend. 

Ada yang memang follow csak sell. Ada yang tidak. Tapi jika diperhatikan betul-betul, ada reentry h1 yang betul-betul follow csak sell h1. Bila csak sell h1 terjadi dan diikuti dengan reentry sell h1, memang entry tadi short-lived dan jarak pendek. Maknanya entry scalping dan memang sukar untuk hold jadi swing.

Entry h4 ditandakan dengan warna hijau pula. Nampak tak. Tak ada sell. Kenapa? Sebab fokus csak buy h4. 

Entry tadi ditunjuk pada chart h4. 

Nampak kan. Entry guna h1 tak salah. Yang salah apabila tak reti nak close bila dah profit. Profit tak banyak sebab konsep scalping di h1. 

 

Jadi intipati post ini ialah:

1. BBMA sangat powerful. Jika digunakan pada timeframe yang betul. Boleh ride trend besar. Jauh dan banyak pips.

2. Untuk dapat entry panjang, jauh, banyak pips: tumpukan tenaga pada timeframe yang lebih besar. 

3. Untuk scalp di timeframe kecil, kena cepat-cepat tp. Otherwise, tumpukan tenaga pada timeframe besar & bersabarlah sebab signal tak sekerap timeframe kecil tadi.

 

Pandangan yang boleh diketengahkan sebelum menggunakan timeframe kecil

1. Kena tangkas & tegas dalam tp dan sl. Kalau kita jenis puas dengan 4-5 pips, so be it. Jangan tangguh, jangan sayang kepada position tersebut. Sama jer kes dalam sl dan tp. 

2. Timeframe kecil perlukan kita spend tenaga yang banyak dan fokus tinggi. Termasuk la screentime yang lama dan monitor opportunities untuk enter market sebab nak dapatkan short movement yang sangat banyak berlaku dalam chart. Dan kesilapan entry juga boleh berlaku dalam bentuk saiz lot atau tidak peka dengan news yang akan terjadi pada pair yang diperhatikan. Mental kena kuat.

3. Jangan pasang angan-angan untuk scalp entry boleh layan jadi swing untuk every position entered. Ini adalah kerana scalping hanyalah pips kecil dikejar. 

4. Kalau semua ni tak boleh layan - kena consider tumpu pada swing jer. 

 

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment