Saturday, July 9, 2016

Secara Cluster Atau Individu?

Berikut merupakan keratan chart 8 Julai 2016 12:30-13:00. Setting CC sama. Cuma guna setting interpolate = false dan m15 pada chart m1. Ada ditandakan juga mana high dan low bagi tempoh setengah jam yang ditandakan itu.

Objektif:
  • Membandingkan CC individu (2 ccy) vs CC satu cluster (lebih dari 2 ccy).
  • Mencari setup trade yang paling menguntungkan dari penelitian antara kedua opsyen yang disebutkan tadi.



Atas ni ialah chart AUDUSD. Dan CC yang diapply ke atasnya ialah CC 2 ccy sahaja iaitu AUD dan USD. Kita dapat lihat AUDUSD ialah buy. Tapi perhatikan movement AUDUSD yang tak begitu lancar.


Yang chart no 2 ini pula ialah AUDJPY. CC yang terlibat ialah AUD dan JPY. Memang ia menyatakan buy di AUDJPY.


EURAUD lebih smooth dan CC 2 ccy juga menyatakan sell.


Dan dalam GBPAUD ni saya lengkapkan satu cluster terdiri daripada AUD, EUR, GBP, JPY dan USD. Kita dapat lihat bahawa AUD paling cepat menuju ke atas, diikuti dengan USD. Manakala yang menuju ke bawah ialah JPY, EUR dan GBP.

AUD yang paling kuat, sehinggakan USD yang kuat juga pun tak dapat menafikan BUY di AUDUSD. Kalau kita buy AUDUSD, kita akan hadapi sedikit turbulence (kenaikan yang serupa tangga). Bukannya kenaikan yang mencuram 70 darjah. Range bagi waktu tersebut ialah 70 pips.

AUDJPY pula 75 pips. EURAUD 117 pips dan GBPAUD ialah 147 pips.

Objektif kita tadi ialah:
  • Membandingkan CC individu (2 ccy) vs CC satu cluster (lebih dari 2 ccy).
  • Mencari setup trade yang paling menguntungkan dari penelitian antara kedua opsyen yang disebutkan tadi.
Dan bagi saya, penggunaan CC secara cluster lebih baik. Kita juga dapat meniliti setup trade yang paling menguntungkan dengan mudah. Contohnya, kita akan mengelakkan dari trade AUDUSD kerana AUD dan USD sama-sama naik walaupun CC individu menunjukkan buy AUDUSD kerana kemungkinan kenaikan tersebut choppy sebelum mencapai untung yang kita cari. 

Sekian. 

No comments:

Post a Comment