Saturday, May 14, 2016

Selepas London Close, Kenapa Yen Pairs Bergerak Seiring?

Begitu juga dengan GbpUsd pada hari tersebut (rujuk link ini).


Pergerakan hampir serupa boleh dilihat di GU. Selepas Euro Open, market bergerak dengan laju. Cuma GU bergerak aktif selepas NY Open, bukannya selepas London Close.

UJ pula.

UJ pula berlainan sedikit. UJ agak aktif juga pada Asian Open

UJ pula sedikit berbeza dengan GU. Dia dah pun bergerak pada Asian Session - memandangkan komponen UJ ialah JPY. Dan tak lupa juga, selepas London Close, UJ turun. Sama seperti GJ.

Ada beberapa persoalan di sini.

* siapa yang menggerakkan USDJPY dan GBPJPY selepas London Close?
* currency mana yang terkesan dalam keadaan ini?

= Kemungkinan besar player dari US? Sebab London dah tutup kedai.
= Currency yang terkesan ialah JPY, sebab JPY adalah komponen dalam GJ dan UJ.

Mari kita zoom ke chart JPY lain.


Seperti yang anda dapat lihat, EJ juga turun betul-betul selepas London Close.

CADJPY

Sama saja dengan pasangan yen Cad.

AUDJPY

Dan aj juga sama. 

NZDJPY
NJ pun sama turun selepas London Close.

Jadi, dalam kes ini, JPY mula menguat selepas London Close dan ia memberi kesan kepada semua pair yen.

No comments:

Post a Comment