Saturday, May 30, 2015

Tutorial Movie Stochastic Oscillator


Video ini diupload oleh Real Jumper. Video ini ada dinyatakan dalam thread genesis matrix di link ini.

Yang pentingnya, high stochastic adalah entry pertama. Lower high seterusnya mencadangkan kita untuk re-entry atau take profit. Ada sebabnya kenapa kita perlu elakkan entry buy di tengah-tengah chart tersebut (arrow kuning di tengah chart tu). 

Fahamkan video ini baik-baik, kerana dia sudah terangkan sebaik mungkin dalam video ini. Genesis matrix memang mudah bila kita sudah faham stochastic. Sekian, terima kasih.

Thursday, May 28, 2015

EJ 27 Mei 2015

Chart ialah Eur/Jpy. Tarikhnya ialah 27 Mei.



Ni ialah signal yang baik. Stoch falling from OB area. Lepas tu candle tembus r1 ke bawah dengan candle yang besar. Matrix warna merah.



Candle seterusnya lebih rendah lagi. Pada masa ni, anda mungkin pun telah letakkan sell entry. Kita ambil ini sebagai entry kita.



Selepas 14 candle! Wow. Sangat lama. 14 kalau didarab dengan 5 ialah 70 minit. Sesiapa yang tak sabar, dan tidak kira stop loss elok-elok akan fikir yang PA akan hentak R1 dan PA akan ke atas. Tapi itulah dia permainan psikologi.



Candle ke 15 selepas kita enter. Lower low. Ada arrow 15 min (arrow kembar 3). Ia bermakna trend 15 min ialah downtrend. Ingat, ini chart m5.



Candle ke 16 dan 17. Tak ada apa saya boleh kata. Ranging lagi menjelang NY open.



Candle ke 18. Adakah NY open membawa trend yang baru pula? Perhatikan bagaimana candle tersebut menggertak emosi kita. Hmmm. Stoch dan matrix m5 dan m15 masing-masing menyarankan anda supaya sell.



Candle ke 19 pula. Candle merah. Stoch falling. Matrix beserta Asctrend all red. Full margin anyone?



Selebihnya ialah sejarah (the rest is history). 45 pips in one big move. Perhatikan bagaimana bentuk HA berubah di tiga candle terakhir tu. Ada shadow atas, dan body mengecil. Yang terakhir, doji. Shadow atas dan bawah sama panjang.



Tingg! Ada satu heiken ashi warna putih muncul. Tapi perhatikan matrix. Masih kekal warna merah. Apa agaknya akan jadi lepas ni yer?



R1 mencari daily pivot. Cliche sungguh. Selepas sentuh daily pivot, apa genesis matrix kita akan buat? Baris pertama dah jadi warna putih tu. Adakah akan provide signal pula selepas ni?



Kehadiran candle baru bersama-sama stochastic yang menaik dan juga genesis matrix yang bertukar warna.


Selamat berjaya kepada Genesis Matrix trader. Ilmu sudah pun ada. Perkakas sudah pun sedia. Kalau anda berdisiplin, jaga mm, tak ada sebab kenapa anda tak boleh berjaya. Mesti doa banyak-banyak. Adios.

Wednesday, May 27, 2015

EU, EJ, AU, UJ, GU 27 Mei 2015

Sekarang lebih kurang pukul 7.51pm. Waktu malaysia. Tarikhnya ialah 27 mei 2015.



Ada baiknya kita tengok news announcement yang sudah dan akan berlaku pada hari ini.

EU.



Ada 3 warna. Biru, oren dan violet. Saya dah highlight. Biru boleh ambil. Oren - pastikan stop loss terjaga kerana saya takut pa tak tahan lama. Violet, good re-entry for sell.

Entry yang paling cantik adalah di biru. Tapi kalau dah terlewat dan masih nak entry juga, pastikan stop loss anda terjaga.



Cemana? 2 out of 2. Oren dikecualikan kerana ia stoch berada di tengah-tengah. Bukan dari OS area. 

EJ.



Stoch m15 dalam bulatan sudah pun mencapai tahap tertinggi dalam level stochnya. Cuma tunggu stoch m15 ni turun jer. Tak lama lepas tu stoch m15 keluar dari level 80, diikuti oleh genesis matrix. Sell amat disaran setelah genesis matrix bertukar merah. Perhatikan pula daily levels di chart biasa kita.



1 out of 1.

AU



London open, stoch turun bersama-sama confirmation genesis matrix. Dapat dilihat dalam bulatan biru. Oren pula kita dapat tengok stoch m15 naik keluar dari level 20. Tapi genesis matrix lambat sangat. Entry kelabu bagus untuk re-entry sell, kerana genesis matrix m5 cepat-cepat confirm untuk sell.

Entry warna oren agak berisiko. Kalau anda sanggup ambil trade ni, sediakan stop loss sebaiknya. Ini adalah kerana genesis matrix setuju dengan stoch m15, tapi jurang masa tu agak lama antara kedua-dua komponen tu. Kenapa stoch tadi turun dengan laju, tapi bila nak naik balik, ia agak perlahan? Ada suatu yang tak kena ni. Lebih baik kita abaikan kalau mampu.



2 out of 2. Kalau anda abaikan entry warna oren. (Kalau anda cekap, entry di oren juga boleh diambil).

UJ.



Satu sahaja entry yang high probability trades. Tunggu sehingga genesis matrix confirm, baru masuk.



Betul tak? Lepas Genesis Matrix confirm, baru PA pecut cam Usain Bolt. Heh!

PA sangkut kat R1. Entry kalini 1 out of 1. Kalau anda ambil entry tersebut di London open, tahniah diucapkan.

GU.



Bulatan biru, stoch m15 turun keluar dari OB. Lepas genesis bulatan biru tu, open sell ialah tindakan bijak. Kelabu - tak berbaloi. (Ini bagi trader yang suka trade silang garisan %D dan %K). Oren, top up sell. Kata lain, kek lapis. Matrix confirms it. Pink, garisan %D dan %K sekali lagi bersilang. Genesis matrix pun confirms it, tapi tak tahan lama.

Yang seterusnya, tak perlu highlight lagi sebab dah nampak dengan jelas, Stoch m15 dah jadi kapal selam. 

Kalau saiz antara %D dan %K agak besar, anda tengok genesis m5 macam goyah, lihat Genesis Matrix m15 (bulatan kuning). Utamakan sell signal seperti yang diberitahu bulatan kuning tersebut.



2 out of 2. Kalau anda ikut klu genesis matrix m15. Mungkin lebih adrenaline kalau anda ambil trade kelabu dan pink, tapi kena manually control your trade. Jangan biarkan market tangkap stop anda dalam kedua-dua trade tersebut.


Kepada sape-sape yang berminat nak join group whatsapp, please drop your email below in the comment section. Group ni menjadi tempat berkongsi idea sesama Genesis Matrix trader. 

Sekian, terima kasih.

UJ 26 Mei 2015

Selamat pagi semua. Assalamualaikum bagi yang beragama Islam. Seperti semua sedia maklum, thread saya di carigold sudah pun di delete oleh Mod. Redha jer lah. Bila kita nak buat sharing camtu, kita pula disisihkan. Di google, kalau anda search "genesis matrix carigold" anda akan dapat result camni.

Genesis matrix carigold di google


Tapi, bila klik kat link paling atas tu, thread tu telah pun didelete dengan jayanya oleh mod carigold sendiri. Tak ada notice apa-apa, dia take down my id sekali dengan my thread.

Sekarang, fokus kepada apa yang terjadi semalam di UJ. Saya terperangkap dalam sideway market, walaupun dalam london session.

Ada beberapa sebab saya terjerumus dalam masalah ni semalam. Semalam adalah sehari lepas kebanyakan bank cuti (hari isnin 25 Mei). Maka semalam adalah selasa, permulaan baru bagi trading minggu ini. Seperti jangkaan, lepas euro session market mula bergerak aktif. Keadaan selepas itu (saya hanya fokus kepada UJ semalam) sangat-sangat mencabar.

UJ pada 26 Mei

Anda boleh lihat dalam chart ni, sebelum Euro open, market kelihatan senyap sahaja. Tetapi selepas itu, market terus naik. Tetapi sepanjang London session, market kelihatan flat (namun, lebih 'noisy' berbanding sebelum Euro tadi). Pips lebih banyak boleh dikutip, tapi tp dan stop loss menjadi kecil disebabkan oleh tak ada true trend. Setakat 10 pips pun dah bersyukur.

Selepas NY open, anda dapat lihat bagaimana price rally lagi menuju ke puncak sehinggalah London close (mungkin juga disebabkan oleh news announcement pada pukul 8.30 malam dan 10 malam).

News announcement pada 26 Mei

Jangan biarkan diri anda terperangkap dengan flat market seperti ini. Mungkin dalam situasi ini (tak ada trend), anda boleh menggunakan template blank dan buat trading dengan cara IFR. Hanya apabila mengira stop loss, kita sekali-sekala open normal chart.

Apa yang saya dapat rumuskan ialah.
  • Sebolehnya, elakkan market pada awal minggu. (Isnin atau hari seterusnya jika hari Isnin tu cuti).
  • Kalau trade juga, pastikan stop loss anda terpasang. Amalkan mm yang betul.
  • Beware dengan waktu open mana-mana market. Samada Euro, London dan NY.
  • Stochastic boleh kekal OB dalam jangkamasa yang sangat lama dalam uptrend market.
  • Untuk kikis sikap tak sabar enter (ditujukan kepada diri sendiri), tenangkan fikiran dengan IFR trading seperti yang diterangkan dalam thread genesis matrix kat carigold sebelum ini. Terutamanya dalam market flat seperti ini.
IFR trading dengan Genesis Matrix. Mesti boleh.

Sekian, terima kasih.

    Monday, May 25, 2015

    Pair Apa Untuk Waktu Bila?

    Saya ada sediakan 4 jenis pair. EU, EJ, UJ dan juga AU.

    Bagaimanakah mereka beraksi pada Asian session dan juga London session. Mari kita kaji.

    Cara saya kaji. Saya akan ambil chart 17-18hb (ahad-isnin) mei dan 20-21hb (rabu-khamis) mei dari Tokyo open hingga NY open.

    Kita lihat volatility (dengan mata kasar antara sebelum dan selepas Euro open).

    AU 1



    Ada pergerakan besar selepas Tokyo open. Lepas tu agak slow sedikit. Kembali aktif selepas Euro open. Saiz heiken ashi nampak lebih kurang sama sepanjang chart ini.

    AU 2


    Sangat aktif selepas tokyo open. Sama juga selepas euro open. Saiz heiken ashi nampak lebih kurang sama sepanjang chart ini.



    EJ 1


    Market flat sangat selepas Tokyo open. Ini dapat diperhatikan dengan stoch m15 kekal OB buat jangka masa lama. Selepas Euro open, market kembali ceria. Saiz heiken ashi lebih besar di sebelah kanan Euro open.

    EJ 2


    Sekali pandang, kita dapat lihat sebelah kiri chart semua heiken ashi pendek-pendek. Sebelah kanan chart pula, sangat panjang dan trending.



    EU 1


    Selepas Tokyo open, tak banyak movement dapat kita perhatikan. Namun selepas Euro open pula, perhatikan bagaimana pair ini mengganas.

    EU 2


    Selepas Tokyo open, market kelihatan lesu. Tak ada heiken ashi yang panjang pun. Tapi, selepas Euro open, anda sendiri rapat lihat momentum mula mengambil tempat. Ada trend pun.



    UJ 1


    Selepas Tokyo open, UJ mencari s1. Setelah sampai di S1, tak ada perubahan banyak dilakukan oleh UJ selepasnya. Berkemungkinan pergerakan itu adalah impak news dari Japan. Saiz heiken ashi nampak lebih kurang seragam dari awal Tokyo open hingga NY open (kalau tidak kerana news itu).

    UJ 2


    Banyak scalping trade dapat diambil apabila market berlegar-legar di pivot setelah Tokyo open. Begitu juga selepas Euro open. Saiz heiken ashi nampak lebih kurang sama sepanjang tempoh tersebut.




    Kesimpulannya, setiap pair ada karakteristik yang unik. Mereka juga macam manusia. Ada keunikan masing-masing. Maka, hargailah peluang yang ada ini untuk sama-sama lihat apa yang sesuai bagi kita. Jadilah seperti resam padi, makin berisi makin tunduk. Sekian, terima kasih.

    Sunday, May 24, 2015

    EU 20 Mei 2015

    Sekarang saya ada masa. Heheh. Mari kita kaji entri Genesis Matrix pada 20 Mei 2015. Pair yang dikaji ialah EUR/USD.



    Atas ni ialah Chart EU kosong. Saya guna template 1 genesis blank.

    Kalau anda terlepas keretapi, rujuk video saya di https://www.youtube.com/watch?v=dkpMweoHT-w.

    Dalam chart tersebut, kita cari klu yang 2 ni:
    1. Stoch m15 dan m5 turun/naik dari OB/OS area. Kena keluar dulu dari 80/20 level, baru valid.
    2. Genesis Matrix kena warna putih, atau merah semua.

    Berikut hasilnya. Saya tandakan dengan 4 warna.



    1. Stochastic dahulu bergerak. Genesis matrix warna putih semua.
    2. Stochastic dahulu bergerak. Genesis matrix merah kemudian.
    3. Stochastic m15 tidak pun menjejak level 20. Tapi, saya suka tengok jarak antara %D dan %K sebelumnya 'lebar' tiba-tiba menjadi 'halus'. Genesis matrix datang kemudian.
    4. Stochastic terjun. Genesis m5 dan m15 tukar sekali.



    Yang atas ni chart HA kita.



    Warna yang sama, dengan stop loss masing-masing. Hehehe. Ada loss ke tuan-tuan? Tak ada kan. 100% betul. Mungkin jarak open ngan stop loss jer berbeza sikit, kerana ini ialah chart HA. Walaubagaimanapun, still kena guna HA juga untuk mengelakkan bias candlestick biasa. Pattern itu akan mengelirukan kita.

    2 perkara jer. Stochastic falling/rising from OB/OS area dan Genesis Matrix change colour.

    Kalau anda sensitif, tengok balik chart tadi. Ada tak entri lain yang saya terlepas?



    Genesis matrix putih. Tapi stochastic m15 falling. False signal from Genesis Matrix. Stochastic sebagai filter kita.

    Sekian. Selamat mencuba!

    ps: Kalau nak template saya guna cam kat atas tu, sila klik sini.

    Friday, May 22, 2015

    Template Update 22 Mei

    Post ini sudah diupdate. Sila ke link berikut:  http://gmtsmy.blogspot.com/2015/07/template-update-28-julai-2015.html

    Sape nak try test template saya ini link nya.


    Ingat, Matrix signal hanya install sekali sahaja. Template ada dalam Genesis dengan indicator tu. Template saya ada 4. 

    1 genesis blank
    1 genesis chart
    1 genesis japanese cs
    1 genesis signal

    Saya letak 1 untuk biarkan saya punya genesis duduk di atas list template. Blank untuk IFR. Chart - biasa tanpa signal. Japanese CS - untuk kira open dan stop loss. Signal - Matrix signal. 

    Perlu tahu bahawa market open lines c adalah betul pada 22 Mei 2015. Betul kalau gmt broker anda 0000. Kalau gmt lain, kena ubah. 

    Anda juga perlu ubah matrix signal indicator jika anda mempunyai suffix yang berbeza. Contohnya, broker saya guna EURUSDe. Mungkin anda guna EURUSDm. Maka, ubah huruf tu macam kat bawah ni.

    Ubah kat bahagian yang saya highlight tu. Menu ni boleh didapati menerusi indicators list --> Matrix-Signals.

    Video install genesis matrix (tanpa signal)


    Video install genesis matrix dengan signal


    Abaikan link download dalam video tu. Download semua file kat link yang saya sebut kat atas tu.

    Berikut merupakan rupa template masing-masing:

    1 genesis chart & signal (signal ada sebagai stand alone .exe)



    1 genesis japanese cs (untuk kira stop loss dan open candle)



    1 genesis blank (untuk training IFR)



    Sekian. Selamat mencuba.

    EU 19 Mei 2015

    Mari kita kaji market EU dan bagaimana kesannya kepada Genesis Matrix?

    Ini ialah chart tersebut.



    Waktu Euro Open dan London Open itu telah dikemaskini mengikut waktu terkini.

    Bawah ni pula adalah point-point yang boleh kita pelajari dan sentiasa ingat bila trade Genesis Matrix.



    1. Anda dapat lihat Euro Open dan London Open dengan jelas. Apa yang terjadi dalam period 1 jam ni sebenarnya? Stoch m15 dan stoch m5 terjun tiruk dari OB dari Euro Open lagi.

    2. Genesis Matrix m5 dan m15 sama-sama merah. Semuanya bertukar daripada putih ke merah dalam kadar masa yang hampir sama. Sentimen bearish menguasai pasaran sedari Euro Open lagi.

    3. Genesis m5 tak jadi putih semua. Anda lihat pada baris ke-2 Matrix iaitu baris CCI. CCI masih bearish. Ia mengelakkan kita untuk menukar posisi dari sell ke buy.

    4. CCI pada baris ke-2 Genesis Matrix sekali lagi memainkan peranan. Ia membatalkan pendapat 3 baris Genesis Matrix lain iaitu TVI, T3 dan GHL.

    5. PA seperti yang kita lihat sudah pun cuba sentuh S3 sebelum ni. Tapi kali ini, ia cuba untuk sentuh S3 lagi.


    Jadi, apa contoh trade yang profitable dan stress-free dalam situasi ni?
    1. Enter di EURO open. Selepas Genesis M5 dan Stoch bagi signal. Ingat, Stop Loss di High terbaru.
    2. Let it run. Jangan tutup trade bila Heiken Ashi candle tukar warna putih. Ingat, Genesis Matrix ni gabungan 4 indicator. Ia persis dan jitu.
    3. LONDON open. Bamm!
    4. Anda gerakkan trade anda jadi Be+1.
    5. Anda lihat Genesis Matrix m5 tukar warna putih dan Stoch naik ke atas. Adakah perlu kita buka buy order?
    6. Stoch m15 naik keluar dari OS, tapi dalam kadar yang sangat perlahan.
    7. Anda hanya exit sekitar LONDON close, kerana anda ingin tidur.

    Dengan hanya 1 trade, anda dapat 194 pips dalam EU kali ini.

    Benda yang boleh kita conclude supaya senang untuk rujukan kita.
    1. EURO open hingga London open boleh jadi satu permainan see-saw yang mengelirukan (kadang-kala tidak).
    2. London Session boleh jadi trendsetter untuk hari tersebut.
    3. Genesis M15 berfungsi baik untuk mengekalkan kita dalam keadaan profit setelah enter dengan Genesis Matrix m5.
    4. PA sentiasa mencari level-level seperti yang dilukis oleh FXIpivots kita.
    5. Stoch boleh kekal bawah level 50 untuk jangka masa yang lama melambangkan strong downtrend.
    6. Stop loss optimum (sell) ialah di recent high kita.
    7. Berhati-hati dengan signal apabila PA menghampiri FXI pivots kita.
    8. Warna HA tak boleh supercede (mengatasi) Genesis Matrix. Warna Genesis Matrix lebih utama.

    High Impact News dan Kesannya Genesis Matrix

    Mari kita lihat kepada HIN (High Impact News) dan tengok kesannya pada Genesis Matrix ni.

    Ini adalah sebagai permulaan kepada kajian berterusan. Supaya kita dapat tentukan, adakah kita dapat trade News dengan selamat apabila HIN datang menjelmakan diri. (Semua picture berikut boleh diklik untuk perbesar)



    Dalam jadual di atas, berita HIN dijadual pada 2 pagi (waktu malaysia). Matawang yang terlibat ialah USD. Maka, apa jua pair yang melibatkan USD akan menerima tempiasnya.

    Mari kita tengok chart tersebut dengan default template Genesis Matrix.



    Saya tandakan dengan no 1 hingga 4 dalam chart berikut ni.



    Dalam chart kat atas, kita ada label 1 hingga 4.
    1 - 2.00-2.05
    2 - 2.05-2.10
    3 - 2.10-2.15
    4 - Genesis Matrix untuk 2.10-2.15

    Dalam chart tu kita dapat lihat pukul 2 hingga 2.05 ada high frequency trading berlaku mainly kerana news yang keluar tu. Sangat besar HA tersebut sampai dia cover high dan low sebelumnya (lihat kiri). Genesis Matrix pada period ini tidak sependapat. Ada 3 jalur sahaja yang merah.

    Pada candle ke-2, HA bearish. Pada pukul 2.10 setelah candle no 2 lengkap, genesis matrix telah lengkap terjadi dan berwarna merah semua. (Semestinya ada yang berfikiran untuk open sell selepas titik ini - selepas pukul 2.10).

    Tapi, pada candle ke-3, HA berwarna putih pula. Bermakna, kembali bullish. Apa yang menarik perhatian saya ialah Genesis Matrix yang lengkap pada pukul 2.15 tersebut, seperti yang ditandakan dengan no 4 bertukar kepada warna putih sepenuhnya, dengan kadar serentak. Keempat-empat indikator dalam matrix tersebut sepakat mengatakan ia adalah bullish situation.

    Dan anda dapat lihat apa yang terjadi seterusnya.

    Adakah trade news berdasarkan Genesis Matrix hanya boleh diambil selepas 15 minit yang pertama? Ataupun sebaliknya?

    Lagi satu. Kalau anda perhati stoch m15, you should be fine. Anda mesti tak tertipu dengan Genesis Matrix masa candle ke 2 tu di mana semuanya warna merah.

    Apa yang mungkin saya nak utamakan dalam kajian ni ialah kita tak digalakkan trade news, tapi mungkin kita boleh ambil beberapa point ni into our consideration bila terasa nak cuba trade news.

    1. Heiken Ashi yang sama panjang atas dan bawah shadow-nya terpaksa kita lihat sahaja. Jangan kejar tops atau bottoms candle ni. Sebab kita tak tau apa akan jadi kemudiannya.
    2. Avoid market at best pada 10 minit pertama news. PO anda akan diubah oleh broker. Ada requotes. Dan macam-macam lagi masalah.
    3. Kepentingan Genesis Matrix (matrix dan stoch m15 mainly). 
    4. Kalau matrix (4 baris indicator) tu bertukar watna serentak tanpa lengah-lengah, itu membawa maksud yang sangat penting.
    5. Stoch m15 sangat-sangat penting untuk mengelakkan bad entry.
    6. Menggerakkan profit kepada BE+1 adalah sangat penting dalam situasi ini (HIN). 
    Mungkin kita akan ubah kriteria ini dari masa ke semasa. Ia akan ambil masa untuk kaji satu demi satu. Stay tuned.

    Sekian. Terima kasih.

    Tuesday, May 19, 2015

    EU 18 Mei 2015

    eu semalam. Rujuk gambar berikut:



    1. Genesis matrix merah semua.
    2. Stoch m5 dan m15 keluar dari OB.
    3. Time to take trade selepas period sebelumnya lengkap. :D

    Pastikan enter di 3, bukan 2, kerana period tersebut belum lengkap lagi.

    eu semalam. 2nd trade.



    1. Putih semua Genesis Matrix kita.
    2. Stoch m15 mula keluar dari OS. Stoch m5 sudah pun keluar terlebih dahulu. Penting: stoch m15.
    3. Enter trade pada period ini. Tunggu sehingga period sebelumnya lengkap. :D

    Tips: lihat jika Stoch keluar dari os/ob.

    eu semalam, 3rd trade.



    1. Genesis merah.
    2. Stoch m15 dan m5 drop dari OB.
    3. Ambil tindakan setelah period sebelumnya lengkap :D

    Tips. Stoch is important after all. :D
    Tips 2. Lihat pada DP line. PA stalling apabila reach DP. Resistance anyone?

    eu semalam.



    Malas la nak trade. Ni masa saya tido.

    eu semalam, fake signal detected.



    1. Signal Matrix signal ok.
    2. Macam nak menipu jer. Stoch m5 memang turun, tapi core kita ialah stoch m15. Cemana dengan stoch m15 ni yer? Kenapa dia naik? :)

    Tips: Stoch m15 tu core kita. Kalau m5 says otherwise, sila abaikan trade tersebut.


    Boleh juga dibaca di is.gd/genmatrix09