Saya pun pernah berada dalam kesulitan tersebut (market time).
Ada kawan saya pernah kata, pukul 2 lebih dah mula nampak market tu aktif. Saya pun pelik, sebab sefaham saya, Eur bermula pukul 3. Maka, saya check 'sekolah' lama saya dulu iaitu babypips school. Anda boleh google "babypips school". Ternyata, kita ada masalah DST dan sebagainya. Dipendekkan cerita, anda boleh lihat seperti yang berikut.
Perbezaan masa trading summer vs winter |
Ada 2 musim rupanya. Maka, sila take note yer guys.
Anda juga boleh periksa laman web ini: http://forex.timezoneconverter.com/?timezone=Asia/Kuala_Lumpur&refresh=5 untuk check masa trading berdasarkan waktu malaysia.
Kalkulator jugak ke? Heh. Tak, ni converter masa trade ke Malaysian time. Kalau anda bukan dalam Malaysia, sila adjust kawasan time zone tu |
Jadi, sudah sampai masanya anda ubah setting indie market open anda kepada waktu yang tersebut tu.
Berkaitan dengan masa juga, berikut mungkin boleh membantu anda dalam trading anda.
Purata pergerakan pip dalam session masing-masing |
Inilah purata pergerakan pip dalam currency pair yang popular setiap kali session trading forex masing-masing.
Dari jadual tersebut, anda dapat lihat European session selalunya menyediakan paling banyak pergerakan.
Apa yang perlu kita trade?
Tokyo session
* banyak news dari Australia, New Zealand dan Japan
* Yen banyak berubah tangan sebab syarikat Jepun melakukan bisnes
* China adalah kuasa ekonomi besar, jadi apabila news keluar darinya bersiap sedialah untuk pergerakan volatile.
* Dengan Australia dan Jepun bergantung kuat dengan demand dari China, pergerakan besar dapat dilihat pada AUD dan JPY apabila data China keluar.
London session
* terlalu tinggi liquidity, kita boleh trade apa jua pair
* Stick dengan majors (eu, gu, uj, usd/chf) kerana spread ketat.
* boleh juga yen crosses (eurjpy dan gbpjpy) untuk lebih volatility cuma spread lebih besar sedikit.
New York session
* apa jua pair yang ada USD dalamnya.
Hari apa yang paling sesuai untuk trade?
Lihat carta di bawah.
Purata pip dalam sehari isnin sampai jumaat |
Nyata, banyak pips boleh diperolehi dari selasa ke khamis.
Sekian, terima kasih.
Untuk bacaan lebih mendalam, sila rujuk yang berikut:
http://forex.timezoneconverter.com/?timezone=Asia/Kuala_Lumpur&refresh=5
http://www.babypips.com/school/preschool/when-can-you-trade-forex/trading-sessions.html
http://www.babypips.com/school/preschool/when-can-you-trade-forex/session-overlaps.html
http://www.babypips.com/school/preschool/when-can-you-trade-forex/best-days-of-the-week-to-trade.html
baguih info nih, tq naim..
ReplyDelete