Wednesday, May 13, 2015

Rules Untuk Enter Trade Gaya Genesis Matrix

Sedikit penjelasan mengenai High Probability Trade ataupun hpt. Hpt ni adalah trade yang mampu membuahkan pips dalam kuantiti yang banyak dalam sekali trade (bergantung kepada pair apa yang kita trade). Dengan Genesis Matrix hpt mudah untuk didapati, tetapi kita memerlukan 'ciri-ciri' yang penting bagi mendapatkan hpt tersebut. Dalam posting kali ni, saya terjemah post asal realjumper supaya menjadi tatapan kita semua. Berikut merupakan penjelasan realjumper dari Post #2.

Ciri-ciri (Rule) Untuk Entry HPT

Pertama, saya hanya trade dari open Frankfurt, yang mana sejam sebelum open London. Sehingga lebih kurang 2 atau 3 jam selepas open New York. Saya tak jadikan market Asian sebagai kebiasaan, kerana ia terlalu perlahan dan cenderung untuk pergerakan yang kecil, tetapi jika sesuatu yang 'sensasi' berlaku, saya mungkin akan trade Asian.

Jadi, ini adalah rule apabila saya ingin enter Sell (short).

1. Seluruh Matrix sama warna selepas candle sekarang CLOSED. (Matrix tak akan repaint).
2. Stochastic jatuh dari Overbought terbaru.
3. Bear candle telah open bawah 5 EMA kuning.
4. Anak panah. Tak semestinya kena tunggu. Tapi jika selepas kita enter dan anak panah tidak muncul dalam masa terdekat, kita perlu risau!
(Nota dari naim. 1 & 2 paling penting, akan digunakan dalam IFR trading. Ambil perhatian dengan underlined words tu)

Keluar dari trade

Rule untuk keluar dari trade lebih sukar daripada entry kerana kita mahu bertahan selama mana ia memberi kita profit. Tapi, kita tak akan tahu di mana PA (price action) akan berhenti. Secara umumnya, saya akan exit di support/resistance line.

Dalam kes ini (rujuk gambar), rule keluar untuk trade ni adalah bukan seperti di atas! Tapi, PA mula berlengah dan tak ada perkembangan. Kemudian, candle doji besar pun terhasil. Candle mula bergerak ke atas 5 EMA kuning dan Stochastic juga mendaki naik. Ia adalah sebab untuk saya keluar dari trade ini, ataupun paling tidak menggerakkan stop loss ke kawasan profit area yang bersesuaian supaya sebahagian profit saya terjamin. Dengan cara ini anda pasti membuat profit, tambahan pula anda mungkin dalam posisi yang baik untuk 'membesarkan' lagi profit tersebut jika market terus bearish.

Stop loss (sl) untuk short (sell) terletak pada swing high sebelumnya, dan untuk long (buy) swing low sebelumnya. Walaupun begitu, sl tersebut bukan diset untuk kita 'duduk dan lihat' jika PA tidak memihak kepada trade kita. Ia adalah untuk keselamatan di kala kecemasan. Ideanya di sini ialah supaya anda dapat mengenalpasti yang PA telah beralih arah dan anda mesti keluar secara manual. Kemudian, anda perlu menimbang untuk enter pada arah berlainan.

Trade Gaya Genesis Matrix
Sekian, terima kasih. Ada apa-apa soalan atau kemusykilan boleh dikongsi bersama dalam ruangan komen.

No comments:

Post a Comment