Wednesday, May 27, 2015

UJ 26 Mei 2015

Selamat pagi semua. Assalamualaikum bagi yang beragama Islam. Seperti semua sedia maklum, thread saya di carigold sudah pun di delete oleh Mod. Redha jer lah. Bila kita nak buat sharing camtu, kita pula disisihkan. Di google, kalau anda search "genesis matrix carigold" anda akan dapat result camni.

Genesis matrix carigold di google


Tapi, bila klik kat link paling atas tu, thread tu telah pun didelete dengan jayanya oleh mod carigold sendiri. Tak ada notice apa-apa, dia take down my id sekali dengan my thread.

Sekarang, fokus kepada apa yang terjadi semalam di UJ. Saya terperangkap dalam sideway market, walaupun dalam london session.

Ada beberapa sebab saya terjerumus dalam masalah ni semalam. Semalam adalah sehari lepas kebanyakan bank cuti (hari isnin 25 Mei). Maka semalam adalah selasa, permulaan baru bagi trading minggu ini. Seperti jangkaan, lepas euro session market mula bergerak aktif. Keadaan selepas itu (saya hanya fokus kepada UJ semalam) sangat-sangat mencabar.

UJ pada 26 Mei

Anda boleh lihat dalam chart ni, sebelum Euro open, market kelihatan senyap sahaja. Tetapi selepas itu, market terus naik. Tetapi sepanjang London session, market kelihatan flat (namun, lebih 'noisy' berbanding sebelum Euro tadi). Pips lebih banyak boleh dikutip, tapi tp dan stop loss menjadi kecil disebabkan oleh tak ada true trend. Setakat 10 pips pun dah bersyukur.

Selepas NY open, anda dapat lihat bagaimana price rally lagi menuju ke puncak sehinggalah London close (mungkin juga disebabkan oleh news announcement pada pukul 8.30 malam dan 10 malam).

News announcement pada 26 Mei

Jangan biarkan diri anda terperangkap dengan flat market seperti ini. Mungkin dalam situasi ini (tak ada trend), anda boleh menggunakan template blank dan buat trading dengan cara IFR. Hanya apabila mengira stop loss, kita sekali-sekala open normal chart.

Apa yang saya dapat rumuskan ialah.
  • Sebolehnya, elakkan market pada awal minggu. (Isnin atau hari seterusnya jika hari Isnin tu cuti).
  • Kalau trade juga, pastikan stop loss anda terpasang. Amalkan mm yang betul.
  • Beware dengan waktu open mana-mana market. Samada Euro, London dan NY.
  • Stochastic boleh kekal OB dalam jangkamasa yang sangat lama dalam uptrend market.
  • Untuk kikis sikap tak sabar enter (ditujukan kepada diri sendiri), tenangkan fikiran dengan IFR trading seperti yang diterangkan dalam thread genesis matrix kat carigold sebelum ini. Terutamanya dalam market flat seperti ini.
IFR trading dengan Genesis Matrix. Mesti boleh.

Sekian, terima kasih.

    2 comments:

    1. takpe bro jangan patah semangat, terus beri contoh entry yg jadi dan yg tak jadi kat sini sebab sangat berguna untuk rujukan saya..

      mungkin mod cg tak bagi ambil dari forexfactory

      ReplyDelete
      Replies
      1. Bukanlah saya rasa, saya rasa sebab mod perasan saya redirect thread saya ke blog ni. Saya ada letak link ke blog ni pada hujung thread tersebut guna id kedua. Anyway, saya ada jer backup untuk thread tu. Saya simpan siap-siap. Hahaha. Terima kasih. Kalau belum join group whatsapp, sila bagi alamat emel kat sini.

        Delete