Friday, May 22, 2015

EU 19 Mei 2015

Mari kita kaji market EU dan bagaimana kesannya kepada Genesis Matrix?

Ini ialah chart tersebut.



Waktu Euro Open dan London Open itu telah dikemaskini mengikut waktu terkini.

Bawah ni pula adalah point-point yang boleh kita pelajari dan sentiasa ingat bila trade Genesis Matrix.



1. Anda dapat lihat Euro Open dan London Open dengan jelas. Apa yang terjadi dalam period 1 jam ni sebenarnya? Stoch m15 dan stoch m5 terjun tiruk dari OB dari Euro Open lagi.

2. Genesis Matrix m5 dan m15 sama-sama merah. Semuanya bertukar daripada putih ke merah dalam kadar masa yang hampir sama. Sentimen bearish menguasai pasaran sedari Euro Open lagi.

3. Genesis m5 tak jadi putih semua. Anda lihat pada baris ke-2 Matrix iaitu baris CCI. CCI masih bearish. Ia mengelakkan kita untuk menukar posisi dari sell ke buy.

4. CCI pada baris ke-2 Genesis Matrix sekali lagi memainkan peranan. Ia membatalkan pendapat 3 baris Genesis Matrix lain iaitu TVI, T3 dan GHL.

5. PA seperti yang kita lihat sudah pun cuba sentuh S3 sebelum ni. Tapi kali ini, ia cuba untuk sentuh S3 lagi.


Jadi, apa contoh trade yang profitable dan stress-free dalam situasi ni?
1. Enter di EURO open. Selepas Genesis M5 dan Stoch bagi signal. Ingat, Stop Loss di High terbaru.
2. Let it run. Jangan tutup trade bila Heiken Ashi candle tukar warna putih. Ingat, Genesis Matrix ni gabungan 4 indicator. Ia persis dan jitu.
3. LONDON open. Bamm!
4. Anda gerakkan trade anda jadi Be+1.
5. Anda lihat Genesis Matrix m5 tukar warna putih dan Stoch naik ke atas. Adakah perlu kita buka buy order?
6. Stoch m15 naik keluar dari OS, tapi dalam kadar yang sangat perlahan.
7. Anda hanya exit sekitar LONDON close, kerana anda ingin tidur.

Dengan hanya 1 trade, anda dapat 194 pips dalam EU kali ini.

Benda yang boleh kita conclude supaya senang untuk rujukan kita.
1. EURO open hingga London open boleh jadi satu permainan see-saw yang mengelirukan (kadang-kala tidak).
2. London Session boleh jadi trendsetter untuk hari tersebut.
3. Genesis M15 berfungsi baik untuk mengekalkan kita dalam keadaan profit setelah enter dengan Genesis Matrix m5.
4. PA sentiasa mencari level-level seperti yang dilukis oleh FXIpivots kita.
5. Stoch boleh kekal bawah level 50 untuk jangka masa yang lama melambangkan strong downtrend.
6. Stop loss optimum (sell) ialah di recent high kita.
7. Berhati-hati dengan signal apabila PA menghampiri FXI pivots kita.
8. Warna HA tak boleh supercede (mengatasi) Genesis Matrix. Warna Genesis Matrix lebih utama.

No comments:

Post a Comment