Showing posts with label analisis eu. Show all posts
Showing posts with label analisis eu. Show all posts

Saturday, November 7, 2015

Misteri Chart | Pengembaraan Tanpa Indicator Siri 1

Berikut merupakan chart EU 22 Jun hingga 26 Jun 2015. Timeframenya ialah H1.

eu 22-26hb Jun 2015

Nombor yang tertera di atas setiap bar tersebut ialah bilangan pips open to close bagi bar tersebut. 

Apa yang saya nak tanyakan kepada anda semua ialah:
1. Bagaimana untuk trade chart sebegini rupa? (Saya menjangkakan anda trade 1hly).
2.  Adakah dengan menambah indicator, kita dapat trade yang berjaya dalam situasi begini?

8 pips selama satu jam. Bagaimanakah survivaliti kita untuk trade dalam kondisi market sebegini.

Mari kita letakkan stoch kat atas chart ni.

Stochastic minggu itu

Dalam stochastic kat atas, kita nampak bahawa tak ada pun 'tag' pada ob atau os area sepanjang hari selasa hingga jumaat.

Hanya 104 pips dalam range

Dalam range tersebut, hanya 104 pips terkumpul.

Soalan yang sama berulang lagi. Bagaimana untuk trade dalam market sebegini rupa?


Akan bersambung, insyaAllah...

Monday, November 2, 2015

Gap Tak Semestinya Tutup

Gap Tak Tutup

11 August 2015, Gap EU tak tutup.

Kalau camni, naya la gap trader.. Hati-hati dengan gap 5 pagi tu yer.

Sekian.

EURUSD menunggu breakout?

EURUSD Nov 2 2015 H1
Setakat pukul 4.44 petang waktu malaysia, EU tak gerak sangat. Stagnant.

Adakah memerlukan some kick dari berita US pukul 11 malam nanti?

Gap pagi tadi pun tutup lagi walaupun dah masuk EURO session. 

Tunggu dan lihat.

Monday, October 26, 2015

22 Oct 2015 EU 144 Pips ke Bawah Dalam Masa 1 Jam

144 pips Dalam Masa 1 Jam - Chart di Atas Mengikut Waktu Malaysia

144 pips dalam masa 1 jam. Hampir tak ada rejection from the upper side.

News berkaitan:

Press conference following the meeting of the Governing Council of the European Central Bank on 22 October 2015 in Malta , starting at 14:30 CET:

Introductory statement by Mario Draghi, President of the ECB.
Question and answer session. Registered journalists pose questions to Mario Draghi, President of the ECB, and to Vítor Constâncio, Vice-President of the ECB.

Kalau melibatkan Draghi, berbaloi untuk kita berhati-hati (atau mengambil inisiatif).

Draghi oh Draghi!

(Menurut satu lagi news ada orang memberi komen, kejatuhan EURUSD ni berkaitan dengan Unemployment Weekly Insurance Claim).


Selamat berpipping!

Link berita berkaitan:

Sunday, October 18, 2015

Ujikaji Single Pair, m15 | LFH Simulator | Timba Pengalaman & Periksa Sistem Anda Dengan Lebih Cepat!

Seperti yang anda tahu dalam grup, saya ada jalankan ujikaji Genesis pada past chart menggunakan simulator khas yang boleh didapati di sini.

Bagi saya, trading satu currency pair mudah dengan Genesis.

Entri kita based on Genesis. Tapi, masalah yang selalu membelenggu saya mungkin 'stop loss' dan 'take profit' yang sesuai.

LFH simulator

Atas ni ialah sedutan daripada trading eu 12-13hb oktober 2015. Isnin dan selasa. Kenapa saya pilih hari tu? Sebab ada market ranging dan trending. Boleh la kita tengok adakah proses membuat pips tu senang/susah dalam ranging dan juga trending market.

Perlu diingatkan, saya menggunakan LFH simulator. Anda boleh Google "lfh simulator" atau pun klik sini.

LFH simulator ni adalah sejenis expert adviser (ea). Ia akan replay semula market lepas dalam real time. Tersedia ialah script-script khas untuk execute order yang kita ingini. Maksudnya anda boleh trade chart lepas secara live (tanpa menipu dengan melihat carta sebelah kanan). Hehehe! Anda boleh guna apa jua indicator/sistem yang anda mahukan!

tengok dalam kotak merah tu..

Hanya satu kelemahan yang saya dapat kesan setakat ni.
tak boleh guna multiple time frame indicator dalam LFH ni.
Jadi, pastikan tak ada indicator mtf digunakan dalam LFH yer!

Saya taknak cerita panjang lebar pasal LFH, setting dia semua dah diceritakan panjang lebar oleh provider ea ni sendiri. Kalau tak faham, whatsapp dalam grup yer.

Berikut ialah senarai kriteria saya (update 18 oktober 15)

1. enter di m15, close di m30 (genesis) mungkin boleh mengoptimakan exit (untuk testing dalam LFH, saya ketepikan rule ni secara total, sebab LFH tak boleh utilize mtf indicator - Genesis matrix m30 takkan berfungsi dalam LFH m15). Sukar untuk diperiksa.

2. Bila nak close, tengok stoch 44,x,y sama ada duduk atas/bawah 50. Sudah dibuang. Sebab: stoch 44,x,y sangat lagging.

3. cci (baris ke-2 dalam genesis) paling sensitif. Kalau 3 baris lain warna merah, cci warna putih maknanya mungkin dalam ranging period. Masih dalam pemerhatian.

4. buy apabila atas bollinger bands 40, tp dekat bollinger bands 20. Perlu diperhalusi rules mengenai bollinger bands. Akan diberitahu kemudian. 

5. bollinger bandwidth 40 mengecil, mungkin middle bb 20 dan 40 rapat. Tak berminat. Chart akan lebih serabut dengan 2 bb overlapping each other with price.

6. makin jauh mid bb 20 dengan mid bb 40, makin besar bollinger bandwidth 40 tu. Tak berminat. 2 bb dalam satu chart, overload!

7. stoch 44,3,3 walaupun bukan dari 20 tapi uptrend (mungkin) masih kuat. Betul. Tapi, itu bukan faktor kuat untuk menggunakan Stoch.

8. bollinger bandwidth menurun tak semestinya price tak bergerak. Cuma ia bergerak dengan slow. Bollinger bandwidth tak perlu digunakan - keputusan ini diambil pada 18 okt 2015. Kita boleh saja membandingkan bandwidth bb dari masa lepas dengan masa sekarang pada price chart dengan mata kasar. Ruang chart dapat dijimatkan.

9. Stochastic 5 mungkin sudah menunjukkan divergence terlebih awal. Ini adalah idea baru. Benda yang saya pun tak arif, tapi berharap dapat mendalami dengan lebih dalam.  

ini ujikaji pertama

Arrow merah sell. Arrow biru buy. Garis biru dan merah yang kecil dalam chart tu mungkin sl dan tp yang saya letakkan. Saya sendiri tak pasti, adakah biru itu tp atau merah itu tp? Begitu juga SL.

Peraturan yang saya letakkan amat mudah. Chart yang saya rujuk eu 12-13hb okt 15 m15. Chart itu saya pilih kerana kita ada ranging dalam trending market. Dalam LFH, perlu diingat kita tak boleh tukar tf. Berikut ialah peraturan-peraturan yang saya gunakan.
  1. enter pada setiap kali matrix genesis tu tukar warna. Kita akan enter setelah warna putih/merah lengkap untuk period/candle tersebut. 
  2. Saya takkan guna candle chart. Ini ialah untuk mempercayai Genesis dan mengelakkan bias candlestick pattern. 
  3. Genesis m15, dan bollinger bands adalah elemen penting saya buat masa ini. Stoch masih dalam pertimbangan.
Ujikaji kali pertama, inilah keputusannya. Sekali lagi, ini gambar skrin trading saya:

ujikaji 1

Dan berikut ialah laporannya.

ujikaji 1 (result)

Laporan penuh, boleh didapati di sini. Fail itu boleh dilihat menerusi internet explorer ataupun microsoft windows.

Kemudian, ada pula ujikaji kedua.

ujikaji 2

Laporan penuh boleh didapati di sini.

ujikaji 2 (result)

Dalam ujikaji pertama, dd - drawdown kita memakan sedikit modal. Tetapi keuntungan akhir tu cukup memuaskan. Ini kerana saya ada re-entri semasa genesis masih kekal berwarna sama (merah/putih saya tak ingat). Bermakna dalam satu jangka masa yang genesis merah atau putih semua itu, saya ada enter market sebanyak dua kali. Ia berlaku setelah trade pertama ditutup. DD yang makan sedikit modal tu disebabkan oleh loss 3 kali berturut-turut dalam trade pertama. Berkemungkinan besar sebab stop loss saya agak merapu ketika itu.

Dalam ujikaji kedua pula, dd lebih mesra akaun. Modal akaun tak terjejas, malahan dd hanya kena pada untung akaun. Tapi keuntungan tak sebanyak ujikaji pertama. (Ingat, dalam ujikaji pertama saya sedikit 'menipu' dengan lakukan double entri hehehe). Tapi TP masih lagi tak optimized. Dalam trade ke-4 dan ke-5 kita boleh dapat pips yang lebih banyak, tapi saya masih lagi tak berjaya untuk kaut sebanyak mungkin pips kat situ. Just imagine, kalau kita dapat tangkap pips semasa trending market tu.. Sudah pasti akaun kita lebih besar! 

Sekarang, saya masih lagi memikirkan, bagaimana untuk mengelakkan loss tersebut. Mungkin kita boleh elakkan loss tu dengan beberapa 'tweaking'. Tak lupa juga untuk memanjangkan profit run dengan lebih lama.  Kita tunggu dan lihat yer. 


Semoga bertemu lagi!

Wednesday, August 12, 2015

EU 11 Ogos 2015 (analisis step by step)

Berikut merupakan ulangkaji Genesis matrix kita pada chart EU 11 Ogos 2015. Trade what you see, not what you believe. Seperti sebelum ni, saya akan highlight bahagian Genesis matrix dan stoch sahaja. Sekarang, saya eliminate 2 stoch, hanya bergantung pada satu stoch iaitu 33,9,9. Kelihatan stoch ni konsisten dengan price dan beri saya apa yang saya nak. Tiada paksaan untuk menggunakannya, ok? Tanpa melengahkan masa, saya mempersembahkan... Klik gambar untuk besarkan.

Sori, berterabur info. Baca dari kiri ke kanan.

Tengok la trade mana yang anda ambil tadi.

Perkara yang selalu saya tekankan dalam trade genesis seperti sebelum ini.
1. Berhati-hati bila Euro open ke london open. Selalunya kedua-dua open ini akan berlawanan.
2. Jarak antara %k dan %d dalam stoch mainkan peranan. Ia petanda kepada banyak benda. Adakah market flat? Adakah market trending? Adakah momentum trending kuat atau lemah? Ke manakah arah trending tersebut? Downtrend atau uptrend?
3. Genesis merah, tapi stoch naik atas? Stay out of the market. Itu saja. Kalau stoch ngan matrix genesis tak sama keputusan, tunggu peluang lain yer.
4. Stoch adalah OSCILLATOR. Dia akan berpusing dari atas ke bawah dalam julat 0-100. Maka, kalau stoch dalam OB/OS tak semestinya dia akan keluar dengan cepat. Boleh jadi uptrend atau downtrend tu kuat dan berterusan.


Senang. Sekarang, anda pula boleh analisis chart sendiri.

Monday, July 13, 2015

EU 11 pagi waktu malaysia 13 Julai 2015

Chart biasa saya.

Sekarang, mari kita kupas entry EU 1 min dari pukul 9 pagi-11 pagi waktu malaysia pada tarikh 13 julai 2015.

MACD dan genesis sedikit berganjak, tidak Stoch m5

Ada 4 entri kesemuanya. Kecuali yang dalam bulatan tu. Genesis tak kuat seperti yang diharapkan. Sama juga dengan MACD kita. Gap yang kecil terbentuk antara MACD berdua tu. Jangan lupa, tumpuan pada Stoch m5 sangat penting!

Mari kita lihat, berapa banyak kita boleh dapat dari 4 trade ni.

Berapa banyak pips?

58 Pips dalam masa lebih kurang 2 jam.

Selamat memburu pips semua!

Monday, June 29, 2015

EU 29 Jun 2015 Pukul 12.33 pm Waktu Malaysia

Bangun dari rehat.

EU setakat 12 tengahari 29 Jun 2015

Penghujung minggu lepas, semua orang tengah risau pasal perkembangan euro dengan krisis hutang di Greece.

Salah satu analisa pagi isnin (waktu malaysia) berkata: Price mungkin akan turun 1.0860 pula selepas euro open. FXStreet (Bali) - According to Valeria Bednarik, Chief Analyst at FXStreet, EUR/USD upside will likely remain limited on Monday, with scope to decline down to the 1.0860 during European hours.

Gap yang besar berlaku pukul 5 pagi tadi (seperti yang boleh dilihat di chart di atas. Pergerakan hari ini telah pun menembusi S3. Adakah price akan terus turun lagi? No one knows. Tapi, setelah melepasi s3, EU berehat seketika, menunggu EURO open. Itulah kelebihan Fxipivots.

Pada penghujung market jumaat lepas, dapat diperhatikan bahawa Stoch m15 dan m5 kedua-duanya berada di kawasan OB sebelum sama-sama junam selepas pukul 5 pagi ni.  

Tajamkan knowledge dan lebihkan perhatian kepada stoch, kerana stoch ni ada data yang amat berharga bagi kita.

Saturday, June 13, 2015

EU 12 Jun 2015

IFR trading EU 12 Jun 2015

IFR trading.

IFR trading ni adalah cara trade tanpa lihat kepada pergerakan price. Pada kebiasaannya, kita trade menggunakan chart. Tapi Genesis Matrix mampu membantu kita mengesan entry yang high probability dengan bantuan hanya Stoch. IFR ni sesuai digunakan untuk latih tubi, supaya kita dapat mengenal Genesis Matrix dengan lebih rapat lagi. Ia ada diterangkan oleh realjumper (founder genesis matrix) dalam threadnya di sini - http://www.forexfactory.com/showthread.php?p=6215027#post6215027.

Mari kita asah kemahiran mengenal entry yang power dengan Genesis Matrix.

Ingat. Ada 4 kriteria sebelum kita entry mana-mana market.
1. Genesis Matrix berubah warna (kita tunggu sampai period candle habis dulu).
2. Stoch Turun dari OB terkini. Ataupun Naik dari OS terkini. (Trade paling high probability boleh diperoleh jika kita patuh pada rule ini).
3. Open candle HA mempunyai jarak dari 5EMA.
4. Arrow tak wajib, tapi selepas kita ambil satu-satu entry, ia adalah bagus (menandakan kita sedang mendaki trend yang betul). Ingat, arrow adalah penunjuk trend.

Bagi latihan IFR ini, kita abaikan peraturan 3 dan 4 sebab kita tak ada chart untuk dilihat.

1-8. Mana kita patut ambil?

Entry no 1: Sell entry betul-betul lepas EURO open, tapi Stoch m15 sudah pun berada di kawasan OS sebelum ini. (Ingat, dalam downtrend stoch boleh kekal OS).

Entry no 2: Lepas LONDON open, kita lihat ada buy signal hadir. Stoch m15 keluar dari OS area.

Entry no 3: Stoch m15 turun dari level 50 dengan garis %K yang memacak. (Lihat bulatan berikut). Ini bermakna garis %K dalam stoch m15 cuba turun dengan laju dari puncak tadi.

Garis %K (yang putus-putus) dalam stoch m15

Entry no 4: Buy entry yang valid. Boleh diambil.

Entry no 5: False signal. Kalau anda ambil trade ni, perhatikan kesilapan anda di Stoch m15. Stoch m15 flat. Tidak menurun ataupun menaik. Yang hanya terkesan ialah Stoch m5 sahaja.

Entry no 6: Re-entry buy kalau mahu kerana jarak %K dan %D yang menjauh. Ia adalah petanda yang baik bagi trending market.

Jarak %K dan %D stoch m15 banyak membantu kita

Entry no 7: False signal. Stoch m15 teguh, stoch m5 hanya sedikit goyah.

Entry no 8: Re-entry buy, tapi mungkin tak cukup bagus kerana Genesis matrix di bawahnya mula 'bertompok-tompok'.

Chart ada candle. Bandingkan dengan penerangan saya tadi

Berikut merupakan garisan %K dan %D dalam stoch.

%K dan %D dalam stoch

Stoch ada kemampuan tersembunyi yang ramai mungkin tak sedar. Jarak antara %K dan %D boleh membantu kita faham, ke mana price akan pergi (stoch m15). Keadaan Stoch yang flat akan mengelakkan kita dari terambil false signal. Stoch juga boleh kekal OS atau OB terlalu lama kerana price downtrend atau uptrend terlalu lama.


Selamat berjaya dalam mengesan high probability entry guys!!

Wednesday, June 10, 2015

EU 9 Jun 2015

Ada baiknya kita lihat jadual news announcement dahulu bagi Selasa - 9 Jun 2015.

news announcement forex
News schedule 9 June 2015

Noted. Tak ada big news sepanjang hari ni yang akan mengganggu EU.

scalping forex
Japanese candlestick genesis matrix 10 Jun 2015

Atas ni adalah chart Genesis Matrix, dengan japanese candle. Ia adalah untuk mengira exact point kita open. Kita tak digalakkan untuk buka candle biasa semasa trade, kerana kita akan bias terhadap sentimen candle.

Saya ulang rules untuk entry sell.

  1. Genesis matrix berubah warna merah.
  2. Stoch turun dari OB terbaru.
  3. Candle open 'clear' dari 5EMA.
  4. Arrow tak wajib. Tapi ia mengesahkan trend. Selepas kita entri, kita harapkan ada arrow - kalau tak, bersedialah untuk manual close.

scalping forex
Ada 6 occasions genesis matrix tukar warna

Ada 6 no saya highlight. Saya tunjuk point di mana Genesis Matrix bertukar warna.

Ada juga 2 garis melintang saya coret sikit. Yang betul-betul atas garis biru, entry dan lagi satu tu stop loss. Warna merah buy. Warna merah sell.

Mari kita zoom in, apa dia entri 1-6 ni.

1. Signal sell sebaik sahaja Euro open. Stoch bukanlah dari OS terbaru, tapi ini adalah signal awal market (Euro). Boleh jadi suatu petanda bagi overall market harini. Lagi satu nice to know: Ada arrow trend m15 sebaik sahaja EURO open. Nampak tak? (Melambangkan downtrend m15 sejak EURO open lagi).

2. Entry buy kali ni nampak tak meyakinkan. Perhatikan CCI (baris kedua dalam Genesis). CCI punyalah susah nak tukar warna ke putih. (Kebiasaannya, kalau CCI berlengah-lengah, ada sebabnya tersendiri.) Namun, stoch nampak cantik kedua-duanya. Anda akan stopped out kalini.

3. Entry sell dari genesis matrix. Stoch bukan dari OB terbaru.

4. Buy pula dari genesis matrix. Stoch dah menjadi semakin boring. Sejak dari entri no 2, stoch m15 tak sentuh kawasan OS dan juga tak pergi melampaui level 50.

5. Sell pulak. Apa yang kurang kat sini? Stoch bukanlah dari OS area.

6. Buy yang valid. Sebab Stoch m15 dah masuk OS baru-baru ni.

7. Sell signal, tapi Stoch m15 tak cepat turun. Masih lagi elok kat kawasan OS - level 50.

Market is too dynamic. Sukar nak faham. Kan?


Point berikut adalah kesimpulan chart tadi. Harap kita semua take note yer.
  • Perhatikan trend awal di EURO atau LONDON open. Utamakan trade yang ikut trend.
  • Utamakan trade yang ikut peraturan "STOCH keluar dari OB/OS."
  • Kita kena banyak perhatikan Pivot points. Apa jua R,S, dan DP, kena banyak perhatian. Harini EU akan banyak main-main di kawasan DP iaitu Daily Pivot. (Price akan cari Pivot Points, itu dah macam kewajipan bagi dia).
  • Stop loss mesti kena ada. 
  • Market baru-baru ni dah banyak bagi pips free, it's time to rest.
  • Perhatikan price selepas London close. Elok jer naik balik. Bermakna London ada intervene dengan EU tadi. 
  • Mana-mana session open/close tu boleh menyebabkan perubahan kepada market.

scalping system
Rumusan trade terbaik EU 9 jun

Merujuk gambar di atas, kita akan dapat 2 trade sahaja sepanjang London Open (kalau ikut peraturan "STOCH keluar dari OB/OS terbaru"). Satu lagi trade di awal EURO disebabkan oleh trigger trend m15 (walaupun stoch m15 bukanlah dari OS terbaru - tapi ia lebih tinggi dari level 50). Tapi trade kedua tak seperti yang diharapkan.

Stoch m15 kekal bawah level 50 pada jangka masa yang panjang kerana market downtrend, sehinggalah selepas London Close.


Selamat berjaya Genesis Trader!

Tuesday, June 9, 2015

EU 4h 9 Jun 2015

Berikut ialah chart 4h EU. Sekarang ialah 1.47pm. Candle baru seterusnya ialah pukul 2 petang

sistem scalping genesis matrix
EU on 4H chart 

Keputusan buy sangat jelas sekarang. Walaupun Stoch nampak tidak begitu baik, tapi itulah dia mr Market! Stoch boleh kekal OB dalam jangka masa yang lama jika uptrend berterusan. 

Harapnya uptrend ini akan cuba rempuh naik R1 weekly yer!

Semoga berjaya Genesis Trader!

Monday, June 8, 2015

EU 8 Jun 2015

Semua gambar, chart berikut boleh dibesarkan, sila klik sahaja di atas gambar tersebut.

Ada baiknya tengok dulu schedule berita harini.

jadual berita 8 jun 2015
Berita forex 8 Jun 2015

Tak ada apa sangat yang menarik perhatian. G7 meeting jer penting.

Saya skip entri sebelum euro open, kerana pergerakan pips masa ni tak cukup besar. Walaupun anda cuba kutip 10 pips, ia boleh jadi suatu yang sangat-sangat sukar.

trading system scalping
Entri pertama selepas Euro open

Entri yang pertama lepas Euro open. Entri ini patut diambil dengan extra caution, kerana waktu sejam antara euro open dan london open ini boleh jadi see-saw game (jongkang-jongket). Ambil stop loss secukup rasa.

genesis matrix trading system
Entri kedua - antara Euro open dan London open

Trade yang almost perfect, jika bukan kerana stochnya. Stoch m15 bukan dari kawasan OS, tapi masih lagi menuju ke atas. Berhati-hatilah dengan area weekly pivot (garis biru putus-putus) dan daily pivot (garis biru). Selalunya price akan main-main dulu kat situ, menyebabkan ramai trader kecewa kerana tidak tahu kawasan pivot tersebut. Entri yang kedua.

gaya genesis matrix trading system
Entri ketiga dengan Stoch yang sempurna

Stoch m5 dan m15 memang cukup cantik. Pastikan stop loss anda terjaga. Entri yang ketiga.

trading system scalping genesis matrix forex
Ranging period di pivot week vs day

Paling mencabar dalam kebanyakan kes. Sama ada trader hilang sabar atau risau price cari stop dia, dia akan terus close manually. Stoch m5 naik, tapi stoch m15 nampak menurun lagi. Dalam kes ni, baik kita utamakan apa yang stoch m15 beritahu kita. Buy signal kali ni perlu kita abaikan!

genesis matrix gaya scalping forex
Fake entri dari genesis matrix

Tengok, genesis matrix berubah sekelip mata. Sekarang jadi sell pula. Stoch m15 jadi hero kita kali ni.

genesis matrix team malaysia
Ranging lagi, entri keempat

Anda boleh lihat kepentingan week pivot dan day pivot kita. Genesis matrix buy + stoch pun cantik keluar dari OS terkini. Buy full margin, hehehe. Satu lagi, stop loss jangan lupa. Entri yang keempat.

scalping gaya genesis matrix trading
Hasil entri keempat

Peringatan yang baik dari ahli grup whatsapp kita. Dia ingatkan kita tunggu jer pukul 8 (NY open).

Dari pengamatan saya, kalau market dah sunyi lepas london open ada baiknya menunggu pula NY open. Ini adalah kerana NY open akan melibatkan urusniaga dari bank-bank gergasi dari US pula, contohnya JP Morgan Chase. Sudah pastinya ia akan membawa 'sedikit' perubahan kepada market yang melibatkan pair yang ada US! Anda boleh lihat post-post saya sebelum ni kalau ragu-ragu mengenai NY open.

Stoch m15 juga boleh kekal OB jika Uptrend berlanjutan. Ini adalah luar jangkauan kita. Kita tak boleh paksa Stoch tu turun dari OB.

Kesimpulannya, trade pertama dan kedua mungkin membolehkan kita dapat 1:1 nisbah risk:reward. Entri yang ketiga pula mungkin boleh sampai ke 1:2. Entri yang keempat boleh jadi 1:5. Pengalaman memainkan peranan, bila kita patut keluar trade tu. 

You control how you trade; the market controls how and when you'll get paid.

Maknanya, kita kena kawal diri sendiri. Market akan bayar kita setelah kita dapat kawal diri sendiri. Persoalan akarnya ialah, mampukah anda mengawal diri sendiri?


Sekian, selamat berjaya Genesis Trader!

Eu 1.58pm - 8 jun 2015



EU setakat 1.58 pm 8 jun 2015.

Respek R2 week minggu lepas. Tapi ini di luar recommended trading time.

Sunday, June 7, 2015

EU 8-12 Jun 2015 (minggu hadapan)

Berikut ialah chart 4 hourly pada EU.

4 hourly forex eu chart
EU dari 4h Genesis Matrix.

Saya tak buka candle biasa kerana saya dapati genesis matrix sudah cukup efisien. Saya sertakan FXI pivots weekly dan bukan daily. Dari chart tersebut, beberapa perkara yang saya nampak dan boleh simpulkan ialah:

Kupasan EU dari 4h Genesis Matrix.

  • Dari 7 mei hingga 5 jun, ada 7 kali price stalling (berlengah-lengah) + reject kawasan weekly pivots.
  • Open candle Heiken Ashi 'clear' dari 5EMA.
  • Ada arrow downtrend betul-betul sebelum signal genesis matrix.
  • Genesis matrix h4 dan d1 kata sell.
  • ASCtrend h4 dan d1 kata downtrend.

Kalau anda seorang yang agak sibuk dan tak sempat untuk scalp, ada baiknya mengutamakan sell entry sepanjang anda menjalankan trade EU esok.

Kita lihat pula result esok bagaimana.


Sekian. Terima kasih.

Saturday, June 6, 2015

High Impact News dan Kesannya Genesis Matrix 3 (5 Jun 2015)

jadual news nfp april 2015
Yeay!! NFP day

NFP day! NFP dijadual 5 jun (Jumaat) pukul 8.30 malam.

Maka, meng'google' la kita.

What is nfp

Ini bukanlah NFP yang kita cari. Sekali lagi.

google definisi nfp
What is nfp in forex

  • NFP, panjangnya ialah Non-Farm Payrolls.
  • NFP ialah event paling dinanti-nantikan daripada event yang lain.
  • Data ini dirilis sebulan sekali.
  • Memberikan gambaran employment changes (perubahan tahap pengangguran) di US.
  • Seterusnya menggambarkan keadaan ekonomi US yang berkembang/merosot.
  • Kemudian, ia akan mempengaruhi keputusan pembikin polisi seperti US Federal Reserve (Bank Pusat US).

bukan genesis matix
76 pips sekali nfp

Dalam kes NFP, PA gerak 76 pips. Ihsan DailyFX.


Mengimbas kembali entri lepas.

Saya ada kupas 2 jenis news sebelum ni. Ini sebab saya mahu mengumpul data berkenaan keefektifan Genesis Matrix dalam satu-satu news announcement.

Berikut ialah post-post tersebut:

Semalam, 5 jun. Berikut adalah news announcement release mengikut waktu malaysia.

5 jun 2015
Jadual news semalam 5 jun

Dan berikut ialah PA untuk hari semalam juga.

blank chart
Nfp day

Garis putus-putus tersebut ialah R3 week. PA hovering dekat garisan putus-putus tu selama lebih kurang 20 periods iaitu selama 100 minit sebelum NFP.

Itu pentingnya kesabaran. 100 minit, 1 jam 40 minit.

Candle 8.25-8.30, PA naik. Sentuh DP (garisan biru).

Candle 8.30-8.35, PA turun dari DP. Inilah masanya ramai individual investor kena sembelih. Ramai yang mc, ramai yang wipeout dari market. Tak lupa, requote tak habis-habis. Worst case ever, pending order diubah sewenang-wenangnya oleh pihak broker.

Candle seterusnya, kita dapat lihat PA turun terus hingga S2 dalam beberapa candle.

Genesis matrix selepas sejak 8.30 lagi confirmed sell. Apa lagi yang boleh saya katakan?

nfp release
Ringkasan genesis matrix 5 jun 15 nfp release

Selamat berjaya, Genesis Trader!

Friday, June 5, 2015

EU 4 Jun 2015

forex scalping
EU 4 june

Ada lebih kurang 4 trade yang boleh kita ambil di sini.

Trade pertama ialah Buy.

Trade kedua betul-betul atas R1. Jangan takut. Genesis kita masih gagah menempuh cabaran.

Trade ketiga, tak berapa menjadi. Tapi saya fikir dengan stop loss di bawah low sebelum ni, kalau risk:reward ratio anda 1:1, anda mungkin ending in profit juga.

Trade keempat. Stoch m15 tak begitu meyakinkan kerana belum singgah OB pun. Pastikan mm terjaga. Untuk dapatkan 1:1 pun agak mudah rasanya.

Sekian, terima kasih!