Showing posts with label cara enter trade scalping. Show all posts
Showing posts with label cara enter trade scalping. Show all posts

Monday, June 20, 2016

High Frequency Scalping Dengan CC

Bawah ini cc yang saya gunakan. Ada 8 line. Tapi saya kaburkan, hanya tunjukkan JPY dan GBP. Line CC tu ialah CC m15 dan chart kat atas tu ialah m1. 


Dengan mengambil kira kriteria-kriteria berikut:

GBP turun, JPY naik - Sell gj. 
JPY turun, GBP naik - Buy gj. 

Bila kita dah sell gj dan salah satu komponen berubah - sama ada GBP naik atau JPY turun, kita akan close position tu. 

Sama juga dengan buy gj.

Kalau GBP turun atau JPY naik, kita akan close.

Jangan open position kalau kedua-dua pointing towards same direction.

Sekarang cuba fikir out of the box: Kalau kita libatkan 8 ccy instead of only 2 (GBP/JPY)? 

Unlimited opportunities. 

Thursday, March 31, 2016

Himpunan Open Market #3


Kat atas ni,USDCAD. Lihat dalam kotak biru. Range hampir 50 pips. Lihat juga kat arrow lepas MS1 - monthly support 1. Saya letak sell betul-betul kat bawah tu dan saya stopped out kat atas tu.

*pengajaran: Jangan gatal tangan letak stop order betul-betul kat bawah Pivot level.
*pengajaran: Boleh trade profitably kat area antara pivot dan MS1. Zone ni boleh ditrade.


Dan yang ni pula GBPUSD. Dalam euro-london session, market agak zigzag sikit. Open HA tu agak rapat dengan 5EMA tu. Walaupun genesis masih kata buy, kita dapat nampak momentum ke atas agak lemah. Saya melakukan deadly mistake dengan letak sell dalam range box tu dengan menjangkakan yang price akan terus menjunam, menyambung perjalanan pada asian session sebelumnya. Dan tak lama kemudian, saya stopped out, dan market terus naik dan naik.

*pengajaran: Ambil perhatian terhadap ha berbentuk doji/spinning top sebelum ambil keputusan masuk market.


Saya tak terlibat dalam trade eurusd ni. Tapi anda boleh lihat bagaimana EurUsd bergerak dengan cemerlang sejak Euro open. Genesis takda hal. Buy sepanjang masa selepas Euro open.


Yang ni pula eurjpy. Saya tak terlibat dalam trade pair ni. Jiran EurUsd ni pun naik sama jer macam dia. Start dari Euro open lagi.

 *pengajaran: Besarkan sikit spesimen untuk trade. EurUsd dan EurJpy harini menunjukkan trade yang berjaya sejak euro-london open lagi. Tak seperti GU yang yang ranging semasa euro-london open tu. Secara tak langsung, ia akan mengakibatkan mood tak baik selepas kejadian whipsawed tu. Ada rasa 'rugi sebab tak tengok chart lain'. Hihihi

Wednesday, March 30, 2016

Himpunan Open Market #2 - Potensi Scalping Intraday Mudah & Menguntungkan

Berikut ialah news schedule untuk 29 march. Sudah disetkan kepada masa broker.


Chart-chart berikut ni saya highlightkan kawasan EURO-LONDON open dan NY open. Lihat reaksi Price kat situ ya.



EURUSD - reaksi kuat bila Yellen membuka mulut. Sebaliknya, open market tak memberi impak signifikan.



EURGBP - EURO-LONDON open dah nampak pergerakan.



EURJPY - walaupun tanpa fundamental changes, price bergerak banyak lepas NY open.



GBPUSD - selepas EURO-LONDON open, price sudah pun mula naik.



GBPJPY - sama macam GBPUSD tadi. Besar kemungkinan kedua-dua pergerakan ini dipengaruhi oleh GBP.



USDJPY - Selepas NY open, ada pergerakan yang nampak cantik. Hinggalah Yellen memberikan ucapan.

Himpunan Open Market #1 - Potensi Scalping Intraday Mudah & Menguntungkan

Terima kasih didahulukan untuk mr kiebay yang setia menjadi sahabat gmts dari awal.

Daripada buah fikiran yang beliau cetuskan, saya dapat suatu idea. Memerhatikan Market Open untuk profit intraday cepat.

Jom kita mulakan.


Dekat sini, saya dah ubah GMT offset supaya sama dengan paparan broker. Tak ada news besar seperti yang dapat kita lihat. Dan chart yang berikut ada 6 charts - saya highlightkan kawasan berhampiran NY open.







Kotak tu highlight jam 1400-1600. Anda boleh lihat yang walaupun tak ada news, Price bergerak dengan agak 'lancar'.

5 atau 10 pips rasanya tak susah, kan? 

Yang tadi tu NY open, sekarang saya fokus kepada Europe-London open pula. Seperti yang dah kita lihat tadi, tak ada news announcement mengambil tempat pada masa tersebut. 







Nampak tak kotak tu semua? Waktunya ialah 0900-1100 waktu broker.

Memandangkan ia ialah hari Isnin (28hb Mac 2016), kita boleh lihat Euro, London tunggu NY dibuka supaya market menjadi rancak.


Nampaknya trading breakout open market boleh dijadikan idea mudah untuk scalping intraday, kan? Lebih-lebih lagi sekarang kita dah tau, open market sangat mudah untuk ditrade.

Semoga berjumpa di next post. Bye!

Friday, March 4, 2016

Liquidity | Faktor Utama Pembunuh Scalper?

Saya ada terjumpa satu data yang sangat menarik perhatian.

Sebab saya rugi banyak menjelang NFP ni.

Sekarang mari kita lihat sedikit data.

Bagi previous session pukul 2.30am: 8%

Pelik. 2.30 am (waktu kita) pun dah thin liquidity. Seperti yang kita tau, masa tu US session kan. Next!

Pukul 8.50pm, sama dengan avg

Lebih pelik. Pukul 8.50 pm liquidity sangat-sangat thin.

Saya rasa saya dah jumpa apa masalah saya sekarang. Usaha menggodek-godek forexfactory.

Saya cari sikit info di internet pasal liquidity dalam forex. Dan saya amek screenshot. 


Anda boleh baca kat situ liquidity sangat-sangat penting kerana ia  menentukan bagaimana price bergerak dalam sela masa tertentu. Sepertimana yang kita tau, forex sangat-sangat liquid TETAPI market depth boleh berubah dari pair ke pair dan dari masa ke masa. Jadi, news boleh diambil kira atau tak? Fikir-fikirkanlah.

Friday, February 26, 2016

Link finviz.com Untuk Index Sekali Pintas!

Anda dapat lihat overall 8 currency serentak. Saya prefer chart m5

Atas ni ialah Futures chart dari laman web finviz. Sejak pukul 4, EUR menjunam dan USD menaik, kan? Lihat chart EURUSD berikut:

Dari pukul 4 turun kan

Dari pukul 4 juga, EURUSD bergerak ke bawah dengan laju sekali. 

Mungkin resource ni akan jadikan anda lebih informed untuk trade pair yang mana satu lebih bagus! Selamat bereksperimen.

Wednesday, August 12, 2015

EU 11 Ogos 2015 (analisis step by step)

Berikut merupakan ulangkaji Genesis matrix kita pada chart EU 11 Ogos 2015. Trade what you see, not what you believe. Seperti sebelum ni, saya akan highlight bahagian Genesis matrix dan stoch sahaja. Sekarang, saya eliminate 2 stoch, hanya bergantung pada satu stoch iaitu 33,9,9. Kelihatan stoch ni konsisten dengan price dan beri saya apa yang saya nak. Tiada paksaan untuk menggunakannya, ok? Tanpa melengahkan masa, saya mempersembahkan... Klik gambar untuk besarkan.

Sori, berterabur info. Baca dari kiri ke kanan.

Tengok la trade mana yang anda ambil tadi.

Perkara yang selalu saya tekankan dalam trade genesis seperti sebelum ini.
1. Berhati-hati bila Euro open ke london open. Selalunya kedua-dua open ini akan berlawanan.
2. Jarak antara %k dan %d dalam stoch mainkan peranan. Ia petanda kepada banyak benda. Adakah market flat? Adakah market trending? Adakah momentum trending kuat atau lemah? Ke manakah arah trending tersebut? Downtrend atau uptrend?
3. Genesis merah, tapi stoch naik atas? Stay out of the market. Itu saja. Kalau stoch ngan matrix genesis tak sama keputusan, tunggu peluang lain yer.
4. Stoch adalah OSCILLATOR. Dia akan berpusing dari atas ke bawah dalam julat 0-100. Maka, kalau stoch dalam OB/OS tak semestinya dia akan keluar dengan cepat. Boleh jadi uptrend atau downtrend tu kuat dan berterusan.


Senang. Sekarang, anda pula boleh analisis chart sendiri.

Thursday, May 28, 2015

EJ 27 Mei 2015

Chart ialah Eur/Jpy. Tarikhnya ialah 27 Mei.



Ni ialah signal yang baik. Stoch falling from OB area. Lepas tu candle tembus r1 ke bawah dengan candle yang besar. Matrix warna merah.



Candle seterusnya lebih rendah lagi. Pada masa ni, anda mungkin pun telah letakkan sell entry. Kita ambil ini sebagai entry kita.



Selepas 14 candle! Wow. Sangat lama. 14 kalau didarab dengan 5 ialah 70 minit. Sesiapa yang tak sabar, dan tidak kira stop loss elok-elok akan fikir yang PA akan hentak R1 dan PA akan ke atas. Tapi itulah dia permainan psikologi.



Candle ke 15 selepas kita enter. Lower low. Ada arrow 15 min (arrow kembar 3). Ia bermakna trend 15 min ialah downtrend. Ingat, ini chart m5.



Candle ke 16 dan 17. Tak ada apa saya boleh kata. Ranging lagi menjelang NY open.



Candle ke 18. Adakah NY open membawa trend yang baru pula? Perhatikan bagaimana candle tersebut menggertak emosi kita. Hmmm. Stoch dan matrix m5 dan m15 masing-masing menyarankan anda supaya sell.



Candle ke 19 pula. Candle merah. Stoch falling. Matrix beserta Asctrend all red. Full margin anyone?



Selebihnya ialah sejarah (the rest is history). 45 pips in one big move. Perhatikan bagaimana bentuk HA berubah di tiga candle terakhir tu. Ada shadow atas, dan body mengecil. Yang terakhir, doji. Shadow atas dan bawah sama panjang.



Tingg! Ada satu heiken ashi warna putih muncul. Tapi perhatikan matrix. Masih kekal warna merah. Apa agaknya akan jadi lepas ni yer?



R1 mencari daily pivot. Cliche sungguh. Selepas sentuh daily pivot, apa genesis matrix kita akan buat? Baris pertama dah jadi warna putih tu. Adakah akan provide signal pula selepas ni?



Kehadiran candle baru bersama-sama stochastic yang menaik dan juga genesis matrix yang bertukar warna.


Selamat berjaya kepada Genesis Matrix trader. Ilmu sudah pun ada. Perkakas sudah pun sedia. Kalau anda berdisiplin, jaga mm, tak ada sebab kenapa anda tak boleh berjaya. Mesti doa banyak-banyak. Adios.

Tuesday, May 19, 2015

Perihal Masa Trading Forex

Saya pun pernah berada dalam kesulitan tersebut (market time).

Ada kawan saya pernah kata, pukul 2 lebih dah mula nampak market tu aktif. Saya pun pelik, sebab sefaham saya, Eur bermula pukul 3. Maka, saya check 'sekolah' lama saya dulu iaitu babypips school. Anda boleh google "babypips school". Ternyata, kita ada masalah DST dan sebagainya. Dipendekkan cerita, anda boleh lihat seperti yang berikut.

Perbezaan masa trading summer vs winter
Ada 2 musim rupanya. Maka, sila take note yer guys.

Anda juga boleh periksa laman web ini: http://forex.timezoneconverter.com/?timezone=Asia/Kuala_Lumpur&refresh=5 untuk check masa trading berdasarkan waktu malaysia.

 
Kalkulator jugak ke? Heh. Tak, ni converter masa trade ke Malaysian time. Kalau anda bukan dalam Malaysia, sila adjust kawasan time zone tu


Jadi, sudah sampai masanya anda ubah setting indie market open anda kepada waktu yang tersebut tu.

Berkaitan dengan masa juga, berikut mungkin boleh membantu anda dalam trading anda.

Purata pergerakan pip dalam session masing-masing

Inilah purata pergerakan pip dalam currency pair yang popular setiap kali session trading forex masing-masing.

Dari jadual tersebut, anda dapat lihat European session selalunya menyediakan paling banyak pergerakan.

Apa yang perlu kita trade?
Tokyo session
* banyak news dari Australia, New Zealand dan Japan
* Yen banyak berubah tangan sebab syarikat Jepun melakukan bisnes
* China adalah kuasa ekonomi besar, jadi apabila news keluar darinya bersiap sedialah untuk pergerakan volatile.
* Dengan Australia dan Jepun bergantung kuat dengan demand dari China, pergerakan besar dapat dilihat pada AUD dan JPY apabila data China keluar.

London session
* terlalu tinggi liquidity, kita boleh trade apa jua pair
* Stick dengan majors (eu, gu, uj, usd/chf) kerana spread ketat.
* boleh juga yen crosses (eurjpy dan gbpjpy) untuk lebih volatility cuma spread lebih besar sedikit.

New York session
* apa jua pair yang ada USD dalamnya.

Hari apa yang paling sesuai untuk trade?

Lihat carta di bawah.

Purata pip dalam sehari isnin sampai jumaat

Nyata, banyak pips boleh diperolehi dari selasa ke khamis.

Sekian, terima kasih. 


Untuk bacaan lebih mendalam, sila rujuk yang berikut:

http://forex.timezoneconverter.com/?timezone=Asia/Kuala_Lumpur&refresh=5
http://www.babypips.com/school/preschool/when-can-you-trade-forex/trading-sessions.html
http://www.babypips.com/school/preschool/when-can-you-trade-forex/session-overlaps.html
http://www.babypips.com/school/preschool/when-can-you-trade-forex/best-days-of-the-week-to-trade.html