Ini merupakan sambungan kepada part 4. Sila bacanya di sini.
Step Five - Unconscious Competence (Anda kompeten hingga ke tahap separa sedar)
Sekarang adalah masanya - seperti memandu kereta, setiap hari anda duduk di tempat duduk dan trade - anda melakukan segalanya dalam tahap separa sedar. Anda berfungsi secara autopilot. Anda mula memilih trades yang besar dan mendapat 200 pips sehari tidak memberi beza kepada anda berbanding mendapat 1 pips.
Anda melihat orang-orang baru dalam forum menjerit 'lagi gj lagi' seperti mereka sedang menunggang kuda menuju ke garisan penamat dalam sebuah pertandingan - dan anda ternampak diri anda dalam mereka TAPI beberapa tahun yang lepas.
Inilah utopia (dunia sempurna) trading - anda telah menguasai emosi anda dan anda sekarang trader dengan akaun yang membesar dengan cepat.
Anda ialah bintang dalam chat room trading dan orang dengar apa yang anda katakan. Anda mengenali diri anda melalui soalan-soalan mereka dari lebih kurang 2 tahun lepas. Anda memberikan nasihat tapi anda tahu ia akan menjadi usaha yang sia-sia kerana mereka ialah pemuda - sebahagian mereka akan sampai ke tempat anda berada sekarang - sebahagian mereka akan melakukannya dengan cepat dan yang lain akan melakukannya perlahan-lahan - senang cakap berdozen-dozen tak akan sampai melepasi tahap 2, tetapi beberapa orang akan sampai jua akhirnya.
Trading bukan lagi benda yang menarik perhatian anda - ia mula membosankan - seperti mana semua perkara dalam hidup ini yang kita menjadi semakin bagus dengannya atau kita melakukannya kerana ia ialah kerja kita - ia menjadi semakin bosan - anda sedang melakukan kerja anda dan itulah ia!
Akhirnya anda mula menyinar dari kelompok chat room dan anda bertemu dengan beberapa individu terpilih untuk membincangkan market tanpa terpengaruh walau sedikit pun.
Saban hari anda mengasah method anda untuk mengerah profit maximum dari market tanpa menambah risiko. Method trading anda tidak berubah - ia HANYA menjadi lebih baik - anda sudah mula mendapat intuisi.
Anda boleh beritahu orang lain dengan bangganya "Saya ialah trader matawang" tapi sebenarnya anda tak hairan pun nak beritahu orang lain - ia sama seperti pekerjaan lain bagi anda.
Saya harap anda dapat manfaat dengan membaca perjalanan ke dalam minda seorang trader ini dan harapan saya agar anda dapat menemui beberapa klu dalamnya.
Ingat hanya 5% yang sebenarnya berjaya - tapi itu bukanlah disebabkan oleh kemampuan, tapi kekal bertenaga dan kemampuan untuk mengubah persepsi diri dan paradigma lapuk bila mana informasi-informasi baru hadir.
Orang yang kalah ialah orang yang 'ingin cepat kaya' tapi mendekati market dan dalam masa tak sampai 6 bulan memakai penutup mata supaya mereka tak melihat sesuatu yang jelas - jenis senario seperti "ini ialah cara yang aku nampak dan itulah dia" - menolak untuk mempelajari informasi baru yang boleh mengubah persepsi diri.
Saya bangga untuk beritahu anda - saya mula trading dengan mindset 'ingin cepat kaya'. Baru-baru ni saya tau ia sebenarnya 'jadi kaya perlahan'.
Jika anda ingin putus asa saya ada satu nasihat untuk anda...
Tanya diri anda soalan berikut "berapa tahun anda ingin belajar di kolej jika anda tahu ada kerja yang memberi gaji sebanyak sejuta ringgit setahun pada penghujungnya?"
Jaga diri dan selamat trading kepada anda semua.