Thursday, March 31, 2016

Himpunan Open Market #3


Kat atas ni,USDCAD. Lihat dalam kotak biru. Range hampir 50 pips. Lihat juga kat arrow lepas MS1 - monthly support 1. Saya letak sell betul-betul kat bawah tu dan saya stopped out kat atas tu.

*pengajaran: Jangan gatal tangan letak stop order betul-betul kat bawah Pivot level.
*pengajaran: Boleh trade profitably kat area antara pivot dan MS1. Zone ni boleh ditrade.


Dan yang ni pula GBPUSD. Dalam euro-london session, market agak zigzag sikit. Open HA tu agak rapat dengan 5EMA tu. Walaupun genesis masih kata buy, kita dapat nampak momentum ke atas agak lemah. Saya melakukan deadly mistake dengan letak sell dalam range box tu dengan menjangkakan yang price akan terus menjunam, menyambung perjalanan pada asian session sebelumnya. Dan tak lama kemudian, saya stopped out, dan market terus naik dan naik.

*pengajaran: Ambil perhatian terhadap ha berbentuk doji/spinning top sebelum ambil keputusan masuk market.


Saya tak terlibat dalam trade eurusd ni. Tapi anda boleh lihat bagaimana EurUsd bergerak dengan cemerlang sejak Euro open. Genesis takda hal. Buy sepanjang masa selepas Euro open.


Yang ni pula eurjpy. Saya tak terlibat dalam trade pair ni. Jiran EurUsd ni pun naik sama jer macam dia. Start dari Euro open lagi.

 *pengajaran: Besarkan sikit spesimen untuk trade. EurUsd dan EurJpy harini menunjukkan trade yang berjaya sejak euro-london open lagi. Tak seperti GU yang yang ranging semasa euro-london open tu. Secara tak langsung, ia akan mengakibatkan mood tak baik selepas kejadian whipsawed tu. Ada rasa 'rugi sebab tak tengok chart lain'. Hihihi

No comments:

Post a Comment