Semua gambar, chart berikut boleh dibesarkan, sila klik sahaja di atas gambar tersebut.
Ada baiknya tengok dulu schedule berita harini.
Berita forex 8 Jun 2015 |
Tak ada apa sangat yang menarik perhatian. G7 meeting jer penting.
Saya skip entri sebelum euro open, kerana pergerakan pips masa ni tak cukup besar. Walaupun anda cuba kutip 10 pips, ia boleh jadi suatu yang sangat-sangat sukar.
Entri pertama selepas Euro open |
Entri yang pertama lepas Euro open. Entri ini patut diambil dengan extra caution, kerana waktu sejam antara euro open dan london open ini boleh jadi see-saw game (jongkang-jongket). Ambil stop loss secukup rasa.
Entri kedua - antara Euro open dan London open |
Trade yang almost perfect, jika bukan kerana stochnya. Stoch m15 bukan dari kawasan OS, tapi masih lagi menuju ke atas. Berhati-hatilah dengan area weekly pivot (garis biru putus-putus) dan daily pivot (garis biru). Selalunya price akan main-main dulu kat situ, menyebabkan ramai trader kecewa kerana tidak tahu kawasan pivot tersebut. Entri yang kedua.
Entri ketiga dengan Stoch yang sempurna |
Stoch m5 dan m15 memang cukup cantik. Pastikan stop loss anda terjaga. Entri yang ketiga.
Ranging period di pivot week vs day |
Paling mencabar dalam kebanyakan kes. Sama ada trader hilang sabar atau risau price cari stop dia, dia akan terus close manually. Stoch m5 naik, tapi stoch m15 nampak menurun lagi. Dalam kes ni, baik kita utamakan apa yang stoch m15 beritahu kita. Buy signal kali ni perlu kita abaikan!
Fake entri dari genesis matrix |
Tengok, genesis matrix berubah sekelip mata. Sekarang jadi sell pula. Stoch m15 jadi hero kita kali ni.
Ranging lagi, entri keempat |
Anda boleh lihat kepentingan week pivot dan day pivot kita. Genesis matrix buy + stoch pun cantik keluar dari OS terkini. Buy full margin, hehehe. Satu lagi, stop loss jangan lupa. Entri yang keempat.
Hasil entri keempat |
Peringatan yang baik dari ahli grup whatsapp kita. Dia ingatkan kita tunggu jer pukul 8 (NY open).
Dari pengamatan saya, kalau market dah sunyi lepas london open ada baiknya menunggu pula NY open. Ini adalah kerana NY open akan melibatkan urusniaga dari bank-bank gergasi dari US pula, contohnya JP Morgan Chase. Sudah pastinya ia akan membawa 'sedikit' perubahan kepada market yang melibatkan pair yang ada US! Anda boleh lihat post-post saya sebelum ni kalau ragu-ragu mengenai NY open.
Stoch m15 juga boleh kekal OB jika Uptrend berlanjutan. Ini adalah luar jangkauan kita. Kita tak boleh paksa Stoch tu turun dari OB.
Kesimpulannya, trade pertama dan kedua mungkin membolehkan kita dapat 1:1 nisbah risk:reward. Entri yang ketiga pula mungkin boleh sampai ke 1:2. Entri yang keempat boleh jadi 1:5. Pengalaman memainkan peranan, bila kita patut keluar trade tu.
You control how you trade; the market controls how and when you'll get paid.
Maknanya, kita kena kawal diri sendiri. Market akan bayar kita setelah kita dapat kawal diri sendiri. Persoalan akarnya ialah, mampukah anda mengawal diri sendiri?
Sekian, selamat berjaya Genesis Trader!
No comments:
Post a Comment