Thursday, March 31, 2016

Terperangkap Dengan Retracement

Bila semua trade kena stop loss.


Kebanyakannya near-miss. Kalau atas sikit lagi, mesti stop loss tu tak kena.

Ada kesimpulan lain yang boleh saya lihat dari semua loss itu.
*Jika saya follow genesis, loss tu dapat dielak.
*Trade betul-betul kat level pivots ni memerlukan kemahiran tinggi. Kena adjust stop loss baik-baik. Banyak stop loss ngam-ngam makan. Hahahaha.

~baru tinggal trade ke ea marti dalam 2 minggu. Kikiki.

Himpunan Open Market #3


Kat atas ni,USDCAD. Lihat dalam kotak biru. Range hampir 50 pips. Lihat juga kat arrow lepas MS1 - monthly support 1. Saya letak sell betul-betul kat bawah tu dan saya stopped out kat atas tu.

*pengajaran: Jangan gatal tangan letak stop order betul-betul kat bawah Pivot level.
*pengajaran: Boleh trade profitably kat area antara pivot dan MS1. Zone ni boleh ditrade.


Dan yang ni pula GBPUSD. Dalam euro-london session, market agak zigzag sikit. Open HA tu agak rapat dengan 5EMA tu. Walaupun genesis masih kata buy, kita dapat nampak momentum ke atas agak lemah. Saya melakukan deadly mistake dengan letak sell dalam range box tu dengan menjangkakan yang price akan terus menjunam, menyambung perjalanan pada asian session sebelumnya. Dan tak lama kemudian, saya stopped out, dan market terus naik dan naik.

*pengajaran: Ambil perhatian terhadap ha berbentuk doji/spinning top sebelum ambil keputusan masuk market.


Saya tak terlibat dalam trade eurusd ni. Tapi anda boleh lihat bagaimana EurUsd bergerak dengan cemerlang sejak Euro open. Genesis takda hal. Buy sepanjang masa selepas Euro open.


Yang ni pula eurjpy. Saya tak terlibat dalam trade pair ni. Jiran EurUsd ni pun naik sama jer macam dia. Start dari Euro open lagi.

 *pengajaran: Besarkan sikit spesimen untuk trade. EurUsd dan EurJpy harini menunjukkan trade yang berjaya sejak euro-london open lagi. Tak seperti GU yang yang ranging semasa euro-london open tu. Secara tak langsung, ia akan mengakibatkan mood tak baik selepas kejadian whipsawed tu. Ada rasa 'rugi sebab tak tengok chart lain'. Hihihi

Wednesday, March 30, 2016

Himpunan Open Market #2 - Potensi Scalping Intraday Mudah & Menguntungkan

Berikut ialah news schedule untuk 29 march. Sudah disetkan kepada masa broker.


Chart-chart berikut ni saya highlightkan kawasan EURO-LONDON open dan NY open. Lihat reaksi Price kat situ ya.



EURUSD - reaksi kuat bila Yellen membuka mulut. Sebaliknya, open market tak memberi impak signifikan.



EURGBP - EURO-LONDON open dah nampak pergerakan.



EURJPY - walaupun tanpa fundamental changes, price bergerak banyak lepas NY open.



GBPUSD - selepas EURO-LONDON open, price sudah pun mula naik.



GBPJPY - sama macam GBPUSD tadi. Besar kemungkinan kedua-dua pergerakan ini dipengaruhi oleh GBP.



USDJPY - Selepas NY open, ada pergerakan yang nampak cantik. Hinggalah Yellen memberikan ucapan.

Himpunan Open Market #1 - Potensi Scalping Intraday Mudah & Menguntungkan

Terima kasih didahulukan untuk mr kiebay yang setia menjadi sahabat gmts dari awal.

Daripada buah fikiran yang beliau cetuskan, saya dapat suatu idea. Memerhatikan Market Open untuk profit intraday cepat.

Jom kita mulakan.


Dekat sini, saya dah ubah GMT offset supaya sama dengan paparan broker. Tak ada news besar seperti yang dapat kita lihat. Dan chart yang berikut ada 6 charts - saya highlightkan kawasan berhampiran NY open.







Kotak tu highlight jam 1400-1600. Anda boleh lihat yang walaupun tak ada news, Price bergerak dengan agak 'lancar'.

5 atau 10 pips rasanya tak susah, kan? 

Yang tadi tu NY open, sekarang saya fokus kepada Europe-London open pula. Seperti yang dah kita lihat tadi, tak ada news announcement mengambil tempat pada masa tersebut. 







Nampak tak kotak tu semua? Waktunya ialah 0900-1100 waktu broker.

Memandangkan ia ialah hari Isnin (28hb Mac 2016), kita boleh lihat Euro, London tunggu NY dibuka supaya market menjadi rancak.


Nampaknya trading breakout open market boleh dijadikan idea mudah untuk scalping intraday, kan? Lebih-lebih lagi sekarang kita dah tau, open market sangat mudah untuk ditrade.

Semoga berjumpa di next post. Bye!

Money Management & Nilai Sendiri Hit-Rate Trading System Anda

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Lama dah rasanya saya tak menulis pasal money management ya? Saya terfikir untuk membuat post kalini berkaitan dengan money management atau mm. Ada juga yang mengatakannya sebagai faktor psikologi/emosi/disiplin. Apa jua ia dipanggil, saya yakin anda tahu kepentingannya kan?

Dari segi sistem hit-rate. Daripada 10 trades yang anda ambil, berapa trades anda yakin akan profit? 10? 8? 4? atau 2? atau 0?

Kalau anda sudah memilih suatu sistem/teknik untuk di'trade', maka stick to it. Anda mestilah yakin yang anda boleh profit menggunakan sistem tersebut secara konsisten. Semakin mahir anda menggunakannya, tak mustahil kalau daripada 10 trades anda boleh dapatkan skor penuh 10 trades profit.

Menarik kan?

Sekarang dari kajian saya, apa jua sistem yang boleh dapatkan skor 6 trades profit daripada 10 trades (maknanya 4 ialah loss) - maka akaun anda boleh grow dengannya. (ia tertakluk kepada percentile yang digunakan. Dalam kes ini, 10% per trade).

Tak susah kan? 60% betul all the time. 40% anda salah.

Lihat table saya di bawah.


Kalau anda mau kira sendiri, ini link excel saya di google drive. 

Dekat atas sekali tu, ada balance dan percentile. Anda boleh ubah nilai tu.

Balance ialah baki, modal, equity atau margin. Percentile ialah peratusan. Berapa yang anda ingin target untuk setiap trade anda? 10%? Maka isikan saja 10.

Tak perlu letak simbol peratus atau koma dalam kedua-dua kotak ini ya.

Bawah tu ada 9 column untuk kira-kira growth akaun anda. 10/10 bermaksud, dalam 10 trades, anda profit semua. Dan 0/10 ialah dalam 10 trades, anda loss semua.

Dan di sebelah kiri ialah jujukan 1-2-3 sampai 10. Itu sebagai n trades yang diambil. Trade yang pertama ialah 1st. Trade yang ke-7 ialah 7th. Dan begitu juga seterusnya.

Perasan tak ada 3 column 9/10 tu? Saya sengaja berbuat demikian untuk membuktikan bahawa jujukan loss-profit-loss-profit-profit tu tidak akan memberikan perbezaan kepada nilai akhir di bawah sekali. Walaupun A loss 10% di trade yang ke-3, dan B loss 10% di tempat ke-8: Pada akhirnya, semuanya membawa kepada nilai sama. Kerana ia di bawah hit-rate yang sama - 9/10.

Jadi, anda boleh ubah formula tu dengan tukar simbol - dan + dalam tu ya. Dah ada contoh tersedia tu. Tinggal ubah sikit-sikit saja.

Apa yang menarik perhatian ialah di 5/10. Anda lihat pada akhirnya 9510. Iaitu kurang di bawah balance asal iaitu 10k. Bermakna jika anda kejar 10% setiap trade anda memerlukan sekurang-kurangnya 6/10 trade yang menjadi.

Berbeza pula dengan 2% profit. Seperti yang tertera dalam picture berikut ni:


Nampak tak? Walaupun dengan 0/10, akaun anda masih lagi dalam tahap 'selamat' jika dibandingkan dengan tadi. Tapi, kadar pembesaran akaun lebih perlahan dan steady. Tengok 10/10 dan bezakan dengan yang tadi tu.

Ia semua berbalik kepada risk tolerance dan sejauh mana anda mengenali sistem trading anda. Kalau anda seorang yang agresif dan sistem trading anda 100% atau 10/10, maka sudah pasti anda inginkan growth rate yang paling cepat kan?

Pilihan di tangan anda. Adios!!

Saturday, March 26, 2016

Perbezaan Antara Heiken Ashi dan Japanese Candlestick Biasa

Bandingkan kedua-dua yang berikut.



Bezanya hanyalah candle. Satu ialah traditional japanese cs. Dan satu lagi ialah heiken ashi. Ada juga yang memanggilnya average candles. Perhatikan hanya open dan close saja berbeza. High dan low tetap sama.

Hanya refreshing the memories. Sebab saya teringat beberapa kawan saya dahulu yang trade Genesis dengan berjaya sekali.

Tips dia ialah 'perhatikan market open'.

Dan saya sendiri lupa bahawa saya yang beri pesanan itu dahulu. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan, hehehe.

Thursday, March 10, 2016

News EUR - 153 Pips Dalam Masa 15 Minit

153 pips dalam masa 15 minit.

Jaga-jaga yer bila red news melanda.

153 pips dalam masa 15 minit

Sebab apa jadi begini?

minimum bid rate

Tuesday, March 8, 2016

Pengesan Volatility?

Saya sedang memperbaiki my entries.

Untung dan rugi biasa, tapi bila we breakeven most of the time, something problem somewhere.

Jadi saya cuba buka balik dictionary indicators saya.

Salah satunya ialah CCFp modified version by mladen. Ia boleh mtf dan juga ada fungsi interpolate. Untuk download indicator tersebut, sila klik link ini.

Saya dah tulis beberapa entri mengenai CCFp sebelum ni, salah satunya di sini.

Sekarang pukul 3.09pm, dan market sedikit slow. Jadi saya pun letakkan CCFp dalam chart saya.

Untuk sekali lihat 28 pairs, CCFp ada peranan penting

Nampak sunyi jer market.

Monday, March 7, 2016

Gap Tak Tutup NZDJPY

Saya ada nampak gap tak tutup di NZDJPY.

NJ 7.3.16

Trade dengan hati-hati ya!

Saturday, March 5, 2016

Pivot GN Sempena NFP

Masih lagi pasal pivot.

Tengok spike ke s2 tu

Tadi ada NFP, tengok mana GN spike. Sentuh S2, dan dia naik balik.

Selamat trading!


Friday, March 4, 2016

Liquidity | Faktor Utama Pembunuh Scalper?

Saya ada terjumpa satu data yang sangat menarik perhatian.

Sebab saya rugi banyak menjelang NFP ni.

Sekarang mari kita lihat sedikit data.

Bagi previous session pukul 2.30am: 8%

Pelik. 2.30 am (waktu kita) pun dah thin liquidity. Seperti yang kita tau, masa tu US session kan. Next!

Pukul 8.50pm, sama dengan avg

Lebih pelik. Pukul 8.50 pm liquidity sangat-sangat thin.

Saya rasa saya dah jumpa apa masalah saya sekarang. Usaha menggodek-godek forexfactory.

Saya cari sikit info di internet pasal liquidity dalam forex. Dan saya amek screenshot. 


Anda boleh baca kat situ liquidity sangat-sangat penting kerana ia  menentukan bagaimana price bergerak dalam sela masa tertentu. Sepertimana yang kita tau, forex sangat-sangat liquid TETAPI market depth boleh berubah dari pair ke pair dan dari masa ke masa. Jadi, news boleh diambil kira atau tak? Fikir-fikirkanlah.

Lembaran Kajian PSA #2

Contoh klasik pair cuba naik, tapi dihalang disebabkan oleh pivot.

chfjpy m15

Atas ni ialah CHFJPY.

nzdjpy m15

Dan ini pula ialah NZDJPY.

Masa screenshot diambil: lebih kurang 3.15 pm waktu kita.

JPY jelas melemah. Tapi pergerakan JPY dihalang di NZDJPY. Ada R1 menghalang di situ. Secara tak langsung, CHFJPY juga terkesan. Sama juga dengan pair-pair lain yang melibatkan JPY. Kalau NZDJPY lepas, pergerakan pair JPY lain juga akan jadi smooth. Selagi benda ni (R1 NZDJPY) tak clear, maka selagi tu pair JPY semua akan ada ranging/choppy moves.

Selamat bereksperimen dengan psa hanover ni ya!



PSA + CSDash

Kombo CSDash dan PSA

Lepas ni, maybe saya boleh elak whipsaw dengan lebih baik? Kita tunggu dan lihat yer hasil ujikaji kalini.


Saya letak susunan sebegini rupa. Kemas kan?

Saya punya layout chart adalah seperti yang kat atas ni. Saya ada 1 dashboard khas - CSDash dan juga PSA. Saya pilih tf m15. Kemudian saya ada chart yang saya trade iaitu CHFJPY dan NZDJPY ketika itu.

Thursday, March 3, 2016

Lembaran Kajian PSA #1

AUDUSD top trending

Sedikit kajian mengenai pair strength analyzer. Anda dapat lihat AUDUSD adalah top trending mengikut PSA. Tetapi price macam tak bergerak. 

Boleh jadi rujukan untuk masa depan.

Stochastic Setting %K

Saya ada cerita setting stoch sebelum ni.

Banyak mtf stochastic yang ada masalah. Jadi kalini saya nak post lagi pasal Stoch dan settingnya. Kalini saya tumpukan pada %k dahulu.

Ada 3 stoch berlainan

Anda dapat lihat chart NZDUSD 15 minit. Lepas tu kita ada stochastic 11,3,3 (menggambarkan m15), 44,3,3 (menggambarkan h1) dan 176,3,3 (menggambarkan h4).

Jadi, kita semua dapat lihat, bentuk stoch ni semua lebih kurang, kan? Apa yang membezakan mereka ialah lebih cepat/perlahan masuk ke kawasan OB atau OS area. 

Jadi, data ni mungkin akan berguna untuk anda buat analisis (tanpa bergantung kepada MTF stochastic).

Peluang Semasa US Session

NZDUSD pagi tadi

Nampak tak peluang trade masa US Session ni. Sesuai bagi sesiapa yang tahan mengantuk.