Showing posts with label ea gvc currency meter v3. Show all posts
Showing posts with label ea gvc currency meter v3. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

EA Escape dan Currency Strength Meter

Merujuk kepada post terdahulu di sini, saya cuba lagi sekali guna set jibala sebentar tadi.

Set jibala sekali lagi.

Saya guna kembali currency strength meter tersebut dengan fitur autotrading set jibala. Pukul 15.49 merupakan bila entry pertama diambil oleh EA ini.

Tidak memberangsangkan sangat. Masih sama seperti dulu. Most of the trades diambil ketika support atau resistance.

Saya tetapkan dengan currency dashboard ni saya akan ambil trade 0.03 lot.

Lepas tu saya cuba pula dengan ea Escape. Anda boleh dapatinya di sini: http://forum.mql4.com/33326. Perlu diingat bahawa takes profit after 10 pips and stops loss at 1000 pips tidak diubah. 

Akhirnya, Escape merupakan lebih kepada a big failure apabila dipasang pada GBPJPY.

Berikut merupakan equity curve saya lepas pasang EA escape. EA escape setkan size .20 per lot. 


Nasib baik demo account. Heh!

Jadi, mana lebih baik? Autotrading atau manual trading? 


Kembali bereksperimen...

Friday, September 4, 2015

Sambungan Cerita Gvc Dashboard | Menjejak Setfile Holy Grail

Mula-mula dulu saya teruja dengan autotrade dan 'setfile' Gvc dashboard. Saya post pasal Gvc dashboard dulu mula-mula kat sini. Ia ditulis pada 28 Julai 2015.

Tapi, saya dapati ia sangat berisiko pada kebanyakan masa. Risk reward ratio pun tidak begitu meyakinkan. 40% SL adr dan 10% TP adr rasanya. Drawdown yang dialami juga menjadi semakin perit.

Thread dashboard trading juga semakin lama menjadi semakin panjang. 

Banyak idea baru berkembang. Baru-baru ni saya selak kembali thread tersebut. Dan perkara berikut amat menarik perhatian saya:

Beribu-ribu pips on autotrade

Equity curve yang sangat mengancam hehehe
Perasaan ingin tahu membuak-buak. Saya akan cuba korek dari trader tersebut, apa setfile yang dia guna ya! 

Stay tuned guys!

Tuesday, August 11, 2015

Currency Strength Meter + Matrix Signals - Kombinasi Menarik

Inilah chart saya.
Sudah beberapa kali dinyatakan mengenai fungsi Currency Strength Meter (CSM) bersama-sama dengan Matrix Signals. Kat atas ni adalah bagaimana rupanya mereka di chart.

Tugas kita ialah memastikan Matrix Signals dan CSM terpasang. Kemudian, setiap kali Matrix Signals berbunyi, kita akan harapkan signal tersebut dalam huruf besar semua. "BUY" atau "SELL" sahaja. Bukan "buy" atau "sell".

Kemudian, perhatikan CSM. CSM yang saya gunakan boleh didapati di sini: http://www.currencynewstrading.com/csm-3-0-6-currency-strength-meter-download/. 

Kalau Nombor tu 7 ke atas, kotak itu akan berwarna merah dan 2 ke bawah, berwarna biru. Dalam contoh di atas, Genesis Signal kata AU BUY tetapi, perbezaan dalam CSM tak cukup ooomppphh. Trade itu boleh diambil, tetapi mungkin run tu tak lama. Pips yang dapat diambil mungkin tidak cukup power. GU pun BUY, tapi CSM pun agak tak syok.

Cara saya lihat CSM: Kalau apa-apa currency tu dalam kotak merah, saya suka padankan dengan kotak biru. Ini bermakna, perbezaan paling kecil antara keduanya ialah 7-2. 5 paling kecil. Lebih besar lebih bagus. 

Ini adalah contoh setup menggunakan kedua-dua tools ni. Perhatikan yang berikut: 

Yang ni contoh terbaik
Beza EUR ngan USD ialah 6.2. AUD ngan USD ialah 5.3. GBP dan USD ialah 6.2. Itu 3 trade yang saya akan ambil dalam situasi sebegini. Ia lebih cepat floating profit, dan saya pasti hit-ratenya hampir 100%.

Seperti sekarang, semasa saya menaip entry ni, dapat dilihat: 

EURAUD BUY ke?
Kepentingan Genesis tidak boleh dipertikai. Berikut ialah chart EA ketika ini: 

Pergerakan dikesan.
Maka, jom kita bereksperimen dengan 2 perkara ni. 

Rules penting: Abaikan buy atau sell. Huruf kecil tu. Kita nak BUY atau SELL. Dan CSM kalau boleh beza antara dua currency itu ialah 5. Itu sahaja. 

* Saya tak sarankan anda pasang currency strength meter dalam mt4 KALAU broker anda tak supply 28 pair yang utama tu. Saya takut calculation dia perlukan 28 pairs tersebut, maka kita akan dapat bacaan yang mungkin 'cacat' pada masa-masanya. Saya juga ada menggunakan CSDash pada masa-masa, tetapi terhad kepada broker alpari saja.

Selamat memburu pips semua!

Monday, August 10, 2015

Selepas Gvc Dashboard...

Walaupun auto trading Gvc tidak seperti yang diharapkan, saya masih lagi mencuba system lain. Khususnya yang melibatkan Hedging dan Multi-pair strategy. 

Ia nyata lebih sukar untuk berdepan dengan pair yang banyak dalam satu masa. 

Jadi, berikut adalah hasil eksperimen saya: 

Seronok kalau semua tp mengena, bukan?
Pada mulanya, saya perhatikan IA - indicator account seperti yang diajar oleh trader101. 

Inilah IA saya.
Kemudian, saya pun ambil signal daripada IA ni. Kalau buy dia untung, saya letak buy. Kalau sell dia untung, saya letak sell. Kalau buy dia rugi, saya letak sell. Kalau sell dia rugi, saya letak buy.

Lepas tu, saya execute semua trade ni dengan Gvc currency meter v3 dengan setting berikut : sila download di sini. 

Apa yang saya dapat nampak di sini, saya mungkin ada kesilapan sedikit dari memahami IA akaun oleh trader101 dan juga setting sl dan tp yang sedikit 'ridiculous' dalam currency meter tersebut. 

Apa lagi nak dikata, ia memerlukan usaha berterusan untuk mengkaji dan terus mengkaji.

Saya masih lagi tetap dengan Genesis Matrix untuk trading single pair. Kalau ada soalan, silalah ajukannya kepada saya.

Ini adalah ujikaji saya untuk basket trading. Harap, kita akan dapat memahami apa yang mereka cuba sampaikan dan juga memperoleh beribu-ribu pips dalam masa sehari, sama seperti mereka semua. 

Teruskan usaha, jangan putus asa!

Tuesday, July 28, 2015

Meneruskan Perjalanan. Dashboard Currency Meter v3 GVC

Dalam meneruskan 'pengembaraan' sebagai Forex trader, ada baiknya kita sentiasa mempelajari idea baru. Idea yang akan membuatkan kita berfikir dan juga membuatkan kita tertanya-tanya.

Meronda-ronda dalam Forex Factory, untuk mempelajari idea baru membuatkan saya terserempak dengan thread ini: http://www.forexfactory.com/showthread.php?t=532236

Tak sampai 4 bulan thread ni ditubuhkan, sudah ada 4396 post (pada masa artikel ini ditulis) dalam thread tersebut.

Dengan usaha keras GVC, HotPotato, Jibala dan lain-lain menjadikan basket trading lebih menarik. Kepada yang baru jumpa perkataan 'basket trading', ia bermaksud tapau (bungkus) semua pair yang sesuai. Tidak tertakluk pada mana-mana pair.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, terimalah video cara install Dashboard Currency Meter v3 dari GVC dan teamnya.


Fail yang disebut dalam video tersebut boleh didapati dari: sama ada link ini: https://www.dropbox.com/s/0q2h61iiiaf8yyw/gvc%20dashboard%20naim%2028%20julai%202015.rar?dl=0 atau link ini: http://uptobox.com/wk5ylgkbxscg - salah satu yang mana anda boleh download.

Saya pasang EA ni kat ALPARI. Inilah keputusannya. (Tak sampai sejam yer, perhatikan masa tu.)

Tak sampai sejam

Dan inilah equity curve akaun tersebut:

Tak ada drawdown langsung

Bagi saya, apa yang diimplementasikan oleh EA ni adalah sama sahaja seperti yang saya buat. Cuma, lebih cekap dan lebih teratur. Dan semestinya lebih berDISIPLIN. Hehehe. 

Selamat mencuba!