Dalam meneruskan 'pengembaraan' sebagai Forex trader, ada baiknya kita sentiasa mempelajari idea baru. Idea yang akan membuatkan kita berfikir dan juga membuatkan kita tertanya-tanya.
Meronda-ronda dalam Forex Factory, untuk mempelajari idea baru membuatkan saya terserempak dengan thread ini: http://www.forexfactory.com/showthread.php?t=532236
Tak sampai 4 bulan thread ni ditubuhkan, sudah ada 4396 post (pada masa artikel ini ditulis) dalam thread tersebut.
Dengan usaha keras GVC, HotPotato, Jibala dan lain-lain menjadikan basket trading lebih menarik. Kepada yang baru jumpa perkataan 'basket trading', ia bermaksud tapau (bungkus) semua pair yang sesuai. Tidak tertakluk pada mana-mana pair.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, terimalah video cara install Dashboard Currency Meter v3 dari GVC dan teamnya.
Fail yang disebut dalam video tersebut boleh didapati dari: sama ada link ini: https://www.dropbox.com/s/0q2h61iiiaf8yyw/gvc%20dashboard%20naim%2028%20julai%202015.rar?dl=0 atau link ini: http://uptobox.com/wk5ylgkbxscg - salah satu yang mana anda boleh download.
Saya pasang EA ni kat ALPARI. Inilah keputusannya. (Tak sampai sejam yer, perhatikan masa tu.)
Tak sampai sejam |
Dan inilah equity curve akaun tersebut:
Tak ada drawdown langsung |
Bagi saya, apa yang diimplementasikan oleh EA ni adalah sama sahaja seperti yang saya buat. Cuma, lebih cekap dan lebih teratur. Dan semestinya lebih berDISIPLIN. Hehehe.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment