Monday, October 26, 2015

22 Oct 2015 EU 144 Pips ke Bawah Dalam Masa 1 Jam

144 pips Dalam Masa 1 Jam - Chart di Atas Mengikut Waktu Malaysia

144 pips dalam masa 1 jam. Hampir tak ada rejection from the upper side.

News berkaitan:

Press conference following the meeting of the Governing Council of the European Central Bank on 22 October 2015 in Malta , starting at 14:30 CET:

Introductory statement by Mario Draghi, President of the ECB.
Question and answer session. Registered journalists pose questions to Mario Draghi, President of the ECB, and to Vítor Constâncio, Vice-President of the ECB.

Kalau melibatkan Draghi, berbaloi untuk kita berhati-hati (atau mengambil inisiatif).

Draghi oh Draghi!

(Menurut satu lagi news ada orang memberi komen, kejatuhan EURUSD ni berkaitan dengan Unemployment Weekly Insurance Claim).


Selamat berpipping!

Link berita berkaitan:

Sunday, October 18, 2015

Ujikaji Single Pair, m15 | LFH Simulator | Timba Pengalaman & Periksa Sistem Anda Dengan Lebih Cepat!

Seperti yang anda tahu dalam grup, saya ada jalankan ujikaji Genesis pada past chart menggunakan simulator khas yang boleh didapati di sini.

Bagi saya, trading satu currency pair mudah dengan Genesis.

Entri kita based on Genesis. Tapi, masalah yang selalu membelenggu saya mungkin 'stop loss' dan 'take profit' yang sesuai.

LFH simulator

Atas ni ialah sedutan daripada trading eu 12-13hb oktober 2015. Isnin dan selasa. Kenapa saya pilih hari tu? Sebab ada market ranging dan trending. Boleh la kita tengok adakah proses membuat pips tu senang/susah dalam ranging dan juga trending market.

Perlu diingatkan, saya menggunakan LFH simulator. Anda boleh Google "lfh simulator" atau pun klik sini.

LFH simulator ni adalah sejenis expert adviser (ea). Ia akan replay semula market lepas dalam real time. Tersedia ialah script-script khas untuk execute order yang kita ingini. Maksudnya anda boleh trade chart lepas secara live (tanpa menipu dengan melihat carta sebelah kanan). Hehehe! Anda boleh guna apa jua indicator/sistem yang anda mahukan!

tengok dalam kotak merah tu..

Hanya satu kelemahan yang saya dapat kesan setakat ni.
tak boleh guna multiple time frame indicator dalam LFH ni.
Jadi, pastikan tak ada indicator mtf digunakan dalam LFH yer!

Saya taknak cerita panjang lebar pasal LFH, setting dia semua dah diceritakan panjang lebar oleh provider ea ni sendiri. Kalau tak faham, whatsapp dalam grup yer.

Berikut ialah senarai kriteria saya (update 18 oktober 15)

1. enter di m15, close di m30 (genesis) mungkin boleh mengoptimakan exit (untuk testing dalam LFH, saya ketepikan rule ni secara total, sebab LFH tak boleh utilize mtf indicator - Genesis matrix m30 takkan berfungsi dalam LFH m15). Sukar untuk diperiksa.

2. Bila nak close, tengok stoch 44,x,y sama ada duduk atas/bawah 50. Sudah dibuang. Sebab: stoch 44,x,y sangat lagging.

3. cci (baris ke-2 dalam genesis) paling sensitif. Kalau 3 baris lain warna merah, cci warna putih maknanya mungkin dalam ranging period. Masih dalam pemerhatian.

4. buy apabila atas bollinger bands 40, tp dekat bollinger bands 20. Perlu diperhalusi rules mengenai bollinger bands. Akan diberitahu kemudian. 

5. bollinger bandwidth 40 mengecil, mungkin middle bb 20 dan 40 rapat. Tak berminat. Chart akan lebih serabut dengan 2 bb overlapping each other with price.

6. makin jauh mid bb 20 dengan mid bb 40, makin besar bollinger bandwidth 40 tu. Tak berminat. 2 bb dalam satu chart, overload!

7. stoch 44,3,3 walaupun bukan dari 20 tapi uptrend (mungkin) masih kuat. Betul. Tapi, itu bukan faktor kuat untuk menggunakan Stoch.

8. bollinger bandwidth menurun tak semestinya price tak bergerak. Cuma ia bergerak dengan slow. Bollinger bandwidth tak perlu digunakan - keputusan ini diambil pada 18 okt 2015. Kita boleh saja membandingkan bandwidth bb dari masa lepas dengan masa sekarang pada price chart dengan mata kasar. Ruang chart dapat dijimatkan.

9. Stochastic 5 mungkin sudah menunjukkan divergence terlebih awal. Ini adalah idea baru. Benda yang saya pun tak arif, tapi berharap dapat mendalami dengan lebih dalam.  

ini ujikaji pertama

Arrow merah sell. Arrow biru buy. Garis biru dan merah yang kecil dalam chart tu mungkin sl dan tp yang saya letakkan. Saya sendiri tak pasti, adakah biru itu tp atau merah itu tp? Begitu juga SL.

Peraturan yang saya letakkan amat mudah. Chart yang saya rujuk eu 12-13hb okt 15 m15. Chart itu saya pilih kerana kita ada ranging dalam trending market. Dalam LFH, perlu diingat kita tak boleh tukar tf. Berikut ialah peraturan-peraturan yang saya gunakan.
  1. enter pada setiap kali matrix genesis tu tukar warna. Kita akan enter setelah warna putih/merah lengkap untuk period/candle tersebut. 
  2. Saya takkan guna candle chart. Ini ialah untuk mempercayai Genesis dan mengelakkan bias candlestick pattern. 
  3. Genesis m15, dan bollinger bands adalah elemen penting saya buat masa ini. Stoch masih dalam pertimbangan.
Ujikaji kali pertama, inilah keputusannya. Sekali lagi, ini gambar skrin trading saya:

ujikaji 1

Dan berikut ialah laporannya.

ujikaji 1 (result)

Laporan penuh, boleh didapati di sini. Fail itu boleh dilihat menerusi internet explorer ataupun microsoft windows.

Kemudian, ada pula ujikaji kedua.

ujikaji 2

Laporan penuh boleh didapati di sini.

ujikaji 2 (result)

Dalam ujikaji pertama, dd - drawdown kita memakan sedikit modal. Tetapi keuntungan akhir tu cukup memuaskan. Ini kerana saya ada re-entri semasa genesis masih kekal berwarna sama (merah/putih saya tak ingat). Bermakna dalam satu jangka masa yang genesis merah atau putih semua itu, saya ada enter market sebanyak dua kali. Ia berlaku setelah trade pertama ditutup. DD yang makan sedikit modal tu disebabkan oleh loss 3 kali berturut-turut dalam trade pertama. Berkemungkinan besar sebab stop loss saya agak merapu ketika itu.

Dalam ujikaji kedua pula, dd lebih mesra akaun. Modal akaun tak terjejas, malahan dd hanya kena pada untung akaun. Tapi keuntungan tak sebanyak ujikaji pertama. (Ingat, dalam ujikaji pertama saya sedikit 'menipu' dengan lakukan double entri hehehe). Tapi TP masih lagi tak optimized. Dalam trade ke-4 dan ke-5 kita boleh dapat pips yang lebih banyak, tapi saya masih lagi tak berjaya untuk kaut sebanyak mungkin pips kat situ. Just imagine, kalau kita dapat tangkap pips semasa trending market tu.. Sudah pasti akaun kita lebih besar! 

Sekarang, saya masih lagi memikirkan, bagaimana untuk mengelakkan loss tersebut. Mungkin kita boleh elakkan loss tu dengan beberapa 'tweaking'. Tak lupa juga untuk memanjangkan profit run dengan lebih lama.  Kita tunggu dan lihat yer. 


Semoga bertemu lagi!