Saturday, November 7, 2020

FX Volume & FX Power

eurcad

Hello guys. Setelah aku timbal balik, fikir punya fikir, aku decided untuk sewa indicator fx volume by daniel stein selama sebulan. Tak mahal pun. 15 dollar saja sebulan. Korang boleh jer search fx volume daniel stein kat google. The reason why i'm fascinated by this product is - aku rasa ia boleh dijadikan filter next to fx power yang aku dah peram dalam mt4 aku selama 2-3 tahun ni.

(post ni ada kaitan dengan post semalam. Boleh check kat sini)

Aku letak ia side by side. Setting fx power aku gunakan daily dan fx volume tu aku setkan dia punya gmt dan dst according to my broker. 

Modus operandi

Kalau ada crossing antara currency lines dalam fx power aku cuba tengok ada tak klu dalam fx volume tu. Fx volume ni lebih menyeluruh daripada fx power. Kalau kita bayangkan fx power as a signal, aku anggap fx volume ni pulak sebagai stereng. Macam kalau kita driving. Kita akan bagi signal sebelum membelok. Stereng akan bertindak kemudian. Kalau dah bagi signal, tapi ada lembu orang kampung duduk kat simpang tiga yang kita nak masuk tu - kemungkinan kita akan tunggu dulu lembu lintas. Bila lembu tu dah pergi, baru kita pusingkan stereng kita perlahan-lahan masuk simpang tiga tersebut. 

Begitulah aku buat analogi. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam chart eurcad di atas aku tandakan 2 garis menegak. Garis sebelah kiri aku panggil garis 1. Garis sebelah kanan garis 2. Signal crossing ke atas (EURCAD buy) ada kat garis 2. Kat sini perhatikan aku hanya ada 1 bukti saja untuk aku decide untuk entry market atau tak. Ia adalah tidak cerdik untuk buy and sell 100% on fx power decision semata-mata. 

Jadi aku refer my fx volume yang aku rent tu. 

Aku tarik nilai delta. Dan aku bina satu ratio yang sesuai ke masa lepas. Aku bezakan nilai delta sekarang dan nilai delta masa lepas dalam fx volume. Cara delta fx volume ni bekerja ialah bila satu currency line bergerak ke atas, itu menunjukkan currency tu semakin kuat. Bila bergerak ke bawah, currency tu semakin lemah. Konsep pemahaman sama jer dengan fx power. Tinggal lagi fx volume ni something else. Dia guna dataset lain. Dia mengukur sentiment market. Bukan macam fx power. Fx power ukur open high low close 28 pair semata-mata.

Garis 2 - 69 dan 58 = 11 
Garis 1 - 69 dan 57 = 12

Didapati bahawa delta semakin merapat dan EUR mendaki ke atas, CAD kekal statik. Dalam kes ini, memang signal (fx power) tu sangat valid dan boleh diikuti. 

the eurcad move

Bayangkan - entry tu cun gila. 95.8 pips sekali terbang. To be exact, sebelum tu pun ada crossing antara EUR dan CAD kan, tapi aku rasa entry point lebih kurang sama dengan yang aku tanda ni. Entry berkualiti hanya dengan 2 tools - the best one so far in my 10 years experience (more or less)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita tengok example lain pulak. 


Dalam chart GChf di atas aku tandakan 4 garis menegak. Aku buat 2 set garis. Yang biru muda tu aku namakan biru1, biru2 dan merah1, merah2. Biru2 adalah signal untuk aku buy, begitu juga merah2. Cuma aku kena bezakan delta fx volume pulak bagi kedua-dua set ni. 

Set 1
Biru2 - 43 dan 67 = 24
Biru1 - 42 dan 67 = 25

Didapati bahawa delta semakin merapat dan GBP mendaki ke atas, CHF kekal statik. Dalam kes ini, memang signal (fx power) tu sangat valid dan boleh diikuti. 

Set 2
Merah2 - 49 dan 67 = 18
Merah1 - 47 dan 67 = 20

Didapati bahawa delta semakin merapat dan GBP mendaki ke atas, CHF kekal statik. Dalam kes ini, memang signal (fx power) tu sangat valid dan boleh diikuti. 

51.3 pips

Berapa pips tuan-tuan? 51.3 pips ya sekali jalan. Entry garis biru2 tu lebih kurang sama dengan merah2 - so kalau kita layer 2 kali - total lebih kurang 100 pips la ya untuk GChf saja.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak syok la kalau tengok trade untung jer kan. Cemana kalau condition tak dipenuhi? Maksudnya kalau fx power kata sell atau buy tapi fx volume tak concur?

gbpcad

Dalam chart kat atas ni aku bagi 3 set entry. Biru2, merah2 dan hijau2. 

Biru2 buy. 
Merah2 sell. 
Hijau2 buy. 

Set 1
Biru2 - 43 dan 69 = 26
Biru1 - 43 dan 69 = 26

Didapati bahawa delta tiada perubahan, GBP dan CAD kekal statik. Dalam kes ini, memang signal (fx power) tu meragukan dan pertimbangan diperlukan jika nak follow

Set 2
Merah2 - 47 dan 68 = 21
Merah1 - 46 dan 69 = 23

Didapati bahawa delta semakin merapat dan GBP mendaki ke atas, CAD menurun. Dalam kes ini, memang signal (fx power) tu tidak valid dan tidak boleh diikuti. Sebab fx volume memberi cadangan buy. Manakala fx power memberi sell. Ada konflik antara 2 tool ini. Walaupun dalam keadaan chart sekarang kelihatan GCad cuba turun - tapi ia kemungkinan akan retrace balik anytime soon

Set 3
Hijau2 - 51 dan 68 = 17
Hijau1 - 50 dan 68 = 18

Didapati bahawa delta semakin merapat dan GBP mendaki ke atas, CAD kekal statik. Dalam kes ini, memang signal (fx power) tu sangat valid dan boleh diikuti. 

gbpcad buy

Pergerakan menggila. 113 pips selepas signal hijau2 validated by fx volume. 

Kesimpulan1 - dari dulu lagi aku cuba cari tools camni. Tools yang memudahkan aku dari segi analysing the market tanpa aku terlalu bersusah-payah fikir. Tak perlu lukis garisan-garisan snr, trendlines, atau yang sewaktu dengannya. Tapi bila kita mix all the indicator (especially yang free kat internet), yang kita tak tau apa logik dia - selalu kita akan terkena juga. Fx power ni dah lama aku beli. 2-3 tahun jugak kot. Siap aku bagi review kat page daniel stein lagi. Tapi aku loss confidence nak guna. Sebab aku rasa 2nd filter aku tak cukup hebat ketika tu. 

Dan sekarang 2nd filter aku hadir daripada daniel jugak. Teruja nak trade manual balik dan buat rekod macam aku guna ea hobbit selama 3 bulan sebelum ni.

Kesimpulan2 - perasan tak satu perkara yang tersembunyi dalam 3 contoh yang aku tunjuk ni? Semua 3-3 contoh pair ni merupakan chart pada hari yang sama. Bukan hari yang berlainan ya. Jadi kalau rajin, korang boleh la jumlahkan berapa pips sebenarnya boleh didapatkan menggunakan method aku ni. Hehehe. 

Glosari kata - concur: be of the same opinion; agree. Setuju dan selari pendapat. 

Nampaknya aku kena rent fx volume ni untuk dijadikan tools wajib bagi aku. 

Live trading with this 2 tools soon

Friday, November 6, 2020

FX Power by Daniel Stein

 

takde crossing
Takde crossing between USD dan CAD line


Apa maksud dia?

Takde peluang untuk entry. 

ada crossing
Ada banyak crossing dalam EURAUD

Dalam EURAUD banyak crossing.

ada crossing
Pun ada crossing dalam GBPCHF

Dalam GBPCHF terdapat juga crossing.

ada crossing
GBPUSD pun ada crossing

GU pun ada. 
Tapi dalam UCad langsung takde, signal buy ke sell ke memang tak ada langsung.  

Kesimpulan pertama - there's always entry signal yang akan hadir dalam 28 pairs walaupun aku highlight setting 1 day on 5 minit interval

------------------------------------------------------------------------------------------

Lihat pada 2 garis menegak yang aku letak dalam setiap chart. 

Dalam GU dia datang paling awal. Selepas merah cross dari bawah ke atas kuning -  itu ialah garis menegak pertama. Tapi GChf hadir 3 candle lewat. 

Kesimpulan kedua - keep our eyes open on the opportunities. Bila ada signal crossing di satu pair, kemungkinan kita dapat entry yang lebih kualiti di another pair yang related dengan pair tadi. 

------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam chart GChf juga aku ada highlight kotak ib. Initial Break. Jadi boleh jer cari peluang entry EL2 dengan senang based on confirmation dari FX Power. Situasi lebih kurang sama boleh juga diintai di pair EA tu. 

Kesimpulan ketiga - guna konsep CB1, IB dan EL2 dalam FMCBR untuk dapatkan entry yang selari dengan FX Power crossing